Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-1 Mei 1957.pdf/2

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

KENYATAAN KHAS KAPADA ORANG2 ISLAM

BAYARAN ZAKAT-FITRAH PADA TAHUN INI

Menurut kapada satu Kenyata'an dari Pegawai 'Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Negeri, Brunei, bahawa untok pengetahuan orang2 Islam yang tinggal di-seluroh Negeri Brunei, ketetapan Zakat Fitrah pada tahun ini ada-lah mengikut harga beras yang di-tetapkan oleh Keraja'an, iaitu harga sa-gantang $2.04 berat-nya 6 kati.

Yang di-wajibkan mengeluarkan Zakat Fitrah ini ada-lah mengikut gantang yang di-gunakan di-Negeri Bagdad, iaitu berat-nya 3 kati dan 12 tahil.

Jika di-bayar dengan wang, maka harga 3 kati dan 12 tahil ini, kena-lah tiap2 sa-orang yang berfitrah itu membayar sebanyak $1.27.

Berhubong dengan perkara tersebut, Pegawai 'Adat Istiadat, Ugama 7 dan Kebajikan Negeri Brunei, ada-lah dengan ini memperingatkan kapada Umat Islam seluroh-nya yang tinggal di-Negeri ini, bahawa barang siapa yang mengeluarkan Zakat Fitrah atau menerima kurang daripada yang di- sebutkan, ada-lah TIDAK SAH.

  = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 

LAWATAN PEGAWAI BRUNEI SHELL PETROLEUM COMPANY IMITED KA-BANDAR BRUNEI

Mr. R.W.P. Rule, Penolong Pengurus, Brunei Shell Petroleum Com- pany Limited, Seria telah tiba di-Bandar Pr ei dengan menaiki kapal terbang kepunya'an Sharikat Minyak itu p hari Thalatha 23 April yang lalu, dan telah balek ka-Seria dengan kapal terbang itu pada hari itu juga.

Dalam masa yang singkat beliau berada di Bandar Brunei, Mr. Rule telah berjumpa dengan beberapa orang Pegawai 2 Kerajaan Negeri ini ber- tukar fikiran untok kebajikan bagi kedua2 pehak Keraja'an dan Sharikat Minyak yang terma'lom.

 = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 

PERSIDANGAN PENGHULU2 DAN KETUA2 KAMPONG DI-SELUROH DAERAH BELAIT

Penghulu2 dan Ketua2 Kampong di-seluroh Daerah Kuala Belait telah mengadakan Persidangan bulanan mereka pada hari Khamis 25 April yang la- lu, bertempat di-Pejabat Penolong Resident, Kuala Belait.

Persidangan itu yang di-pimpin oleh Penolong Resident, Kuala Be- lait, Mr. Lloyd-Thomas, telah membinchangkan berbagai2 perkara yang mu- stahak, di-antara-nya ia-lah mengenai perkara lawatan Pegawai Rumah Sa- kit Keraja'an di-Kuala Belait, dan juga mengenai lawatan Pasokan Wayang Gambar Pejabat Penerangan di-Daerah Kuala Belait pada bulan May ini.

  = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 

CONSUL KERAJAAN AUSTRIA BAGI BRUNEI

Kerajaan Negeri Brunei telah dengan sukachita-nya, buat samentara mengakui Mr. H. Pfrunder menjadi Consul Yang Kehormat Keraja'an Austria di-Singapura dengan mempunyai kuasa-nya ke-atas Brunei samentara menu- nggu Penshahan dari Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Elizabeth Yang Kedua.

                                   = = = = =