Didalam beberapa mashuarat Lembaga 2 Negeri telah kede- ngaran pengaduan tidak puas hati oleh beberapa ahli2 mashuarat atas dukachita mereka akan lambatnya sesuatu ranchangan negeri yang sedang berjalan sekarang ini disiapkan.
Mereka tidak puas hati, dan bertanyakan mengapakah ran- changan2 itu tidak dapat disempornakan dengan lebeh lekasnya. Kadang2 kata mereka terdapat ranchangan2 yang telah berjalan berlanjutan lama daripada waktu yang telah dianggarkan lebeh dahulu.
Kerajaan, dalam so'al ini berasa simpati terhadap fiki- ran2 ahli2 tersebut itu, serta perchaya orang ramai juga ber- hak bertanyakan betapakah demikian. Ada juga yang berkata per- kara demikian tidak patut boleh berlaku sebab kekayaan Brunei tidak boleh menghalang atau mengandalakan kejayaan2 yang di- kahendakki itu. Sabenarnya, Kerajaan ingin supa a ranchangan2 yang sedang berjalan itu dapat disempornakan dengan sachepat2- nya bilamana ranchangan2 lain yang sedang menanti dapat dimula- kan pula. Selain daripada lambat masanya yang terbuang, ter- nyatalah perbelanjaan yang melebehi akan digunakan juga.
Bagai kebanyakan ranchangan2 ini banyak diantara pekerja2- nya adalah terdapat daripada orang2 Melayu Brunei yang bergaji hari. Bilangan orang yang bekerja dalam perengkat ini pada ma- sa ini ada kira2 2,100, iaitu pekerja2 di Pejabat Kerja Raya sahaja. Selain dari itu, ada juga yang bekerja dengan shari- kat2 contractor yang menjalankan kerja bangun membangun di Nege- ri Brunei ini.
Tetapi ranchangan2 perkembangan adalah bergantong sangat2 kapada pekerja2nya akan kejayaannya dan lekas lambatnya sasuatu ranchangan itu disempornakan, selain daripada membelanjakan wang kekayaan negeri. Atas pekerja2lah, terutama dari orang2 Brunei yang tanggong jawab bekerjasama untok menjayakan segala tugas2 kerja mereka harus disadari dengan saksama. Dalam masa perkem- bangan negeri kita ini akan terdapat penchariannya, mengikut kebolehan masing2.
Kerajaan sentiasa berdasarkan menolong memberi pekerjaan kapada anak2 Brunei. Bahkan adalah dasarnya juga supaya tiap2 sharikat contractor yang berniaga di Negeri ini, harus mengam- bil anak2 Brunei dengan saberapa bolehnya terutama sekali dalam lapangan pembangunan.
Dengan duka chitanya didapati banyak daripada sharikat2 itu terpaksa menghentikan jawatan mereka sebab kebanyakan dari- pada pekerja2 orang Brunei itu tidak sanggup atau tidak dapat memberikan usaha tenaga yang dikahendakki kerana menjayakan usaha 2 sharikat tersebut. Dalam perkara ini, Kerajaan menda- pati kekechewaan sarupa itu juga. Diantara buroh2 yang ber- khidmat bergaji hari itu banyak yang tidak bersunggoh2 menunai- kan tuga, jawatannya, ada yang tidak benar2 memberikan tenaga mereka yang chukop dalam pekerjaan masing2.
Perkembangan negeri tidak akan maju dan jaya jika banyak diantara pekerja2nya dudok 'nganggor' sahaja dan tanggong jawab atas tindakan yang sesuai yang dapat memberhentikan keadaan yang sama2 merugikan harta kekayaan negeri ini adalah terpulang kapa- da buroh2 yang berkenaan itu.
-----------------------
RANCHANGAN MAKANAN SEKOLAH2
}}
Dinyatakan bahawa baharu2 ini sapuchok surat telah di-