HALAMAN PENERANGAN
Beberapa masa yang lampau ini kedengaran diantara saba- hagian orang ramai menyuarakan rasa tidak puas hati atas da- sar2 Kerajaan, terutama sekali atas perkara dasar bahasa ras- mi yang digunakan dalam Negeri ini. Ada yang menudoh bahawa Kerajaan tidak mengakui kepentingan bahasa Melayu dipergunakan dalam perhubongan Kerajaan, dan akan menghapuskan bahasa Me- layu. Fikiran2 yang diatas ini selalu terbacha dalam tulisan2 yang termuat dalam majallah2.
Baharu2 ini telah timbul suatu perasaan yang menunjokkan fikiran sarupa itu dalam satu tulisan daripada pembacha yang kechewa dalam permohonannya meminta kerja sabagai Outdoor Offi- cer, di Pejabat Customs Brunei, mithalnya. Penulis itu berasa tidak puas hati atas sharat menghendakki kelulusan pe- lajaran Inggeris darjah tujoh untok jawatan itu.
Dasar Kerajaan Brunei bukanlah hendak menghapuskan baha- sa Melayu; tetapi adalah samata2 hendak meninggikan lagi ke- bolehan anak2 Negeri dengan saberapa chepatnya, jikalau di- izinkan dengan keadaan masa dan alat2 yang mesti disediakan untok menjayakannya dalam ilmu pengetahuan yang dapat nanti menjamin mereka berpadu sama taraf dengan mereka dari negeri2 lain yang telah lama maju kahadapan.
Ilmu pengetahuan adalah sangat berharga disisi manusia. Untok menuju kejayaan itu, manusia tidak putus 2 mendalami il- mu2 itu menerusi beberapa macham jalan biasanya jalan yang lengkap, mudah dan yang mendatangkan faedah kapadanya mengi- kut keadaan masa sahari2.
Dasar Kerajaan Brunei ialah hendak menggunakan kedua2 bahasa Melayu dan Inggeris, mengikut keperluan2 dan persesu- ian2nya yang tertentu. Bahasa Inggeris adalah bahasa yang dan juga banyak sakali digunakan oleh negeri2 antara bangsa, bahasa perdagangan, Bahasa Inggeris juga mengandongi berbanyak ilmu pengetahuan yang amat banyak lagi belum lengkap diterje- mahkan kabahasa Melayu. Boleh dikatakan adalah bahasa Inggeris itu ialah bahasa dunia.
Oleh kerana sebab2 yang diatas ini dan dengan tujuan se- moga dapat menyenangkan lagi peluang bagi memperbanyakkan anak negeri yang dapat meninggikan lagi keadaan mereka, maka Kera- jaan akan memerhatikan atas masaelah meninggikan taraf so'al pelajaran di Negeri ini.
Sunggoh pun demikian, bagi pehak Kerajaan tidaklah pula memaksa perhubongan dari orang ramai ka pada Kerajaan itu mesti dibuat dalam bahasa Inggeris. Banyak daripada persuratan2 yang dan ke- diterima dari orang ramai adalah dalam bahasa Melayu, semuanya itu dijawab dalam bahasa Melayu sakali pun jika saki- ranya mereka berhajat hendak berjumpa dengan Tuan Resident kira- nya tidaklah terpaksa ianya terlebeh dahulu mengetahui bahasa Inggeris untok menerangkan apa2 yang merunsingkan fikirannya.
Salain daripada sebab2 mustahaknya bahasa Inggeris, ada lagi satu sebab mengapakah bahasa Inggeris itu digunakan. Un- dang2 Negeri ini adalah ditulis dalam bahasa Inggeris. Sung- gon pun usaha 2 permulaan telah dijalankan untok menterjemahkan kabahasa Melayu, tetapi ini akan memakan masa yang amat lama. Salain daripada itu pula, ahli2 undang2 atau mereka yang me- ngerti selok belok undang2 itu belumlah lagi ada.