Sabelum masa Peperangan Dunia Kedua, Inspector Ste- phen Liew telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerani2 Kera- jaan Brunei. Salepas Peperangan, beliau telah berkhidmat dengan Pasokan Police Negeri Brunei dan kemudiannya dilantek menjadi Inspector dalam tahun 1946.
Chief Inspector Stephen Liew ialah julong2 Warga Negara Brunei yang telah dilantek menjadi Inspector Police di Negeri Pada masa sekarang beliau memegang jawatan Pegawai Yang Menjaga Pejabat Penyiasatan Jenayah ("Criminal Investigation Department") dalam Bahagian Belait.
JURU-TERA NEGERI BRUNEI YANG BAHARU
Mr. L.H. Hyett telah dilantek menjadi Juru-tera Negeri Brunei yang baharu mulai dari 14 May, 1956 dan mulai dari tarikh itu juga Mr. G. T. Myles telah berhenti memegang jawa- tan tersebut.
KETUA PASOKAN PEMADAM API B.M.P. MELAWAT BANDAR BRUNEI
Mr. Cecil Dorral, Ketua Pasokan Pemadam Api dari Shari- kat Minyak British Malayan Petroleum Company Limited, Seria telah melawat Bandar Brunei pada bulan May yang lalu untok menjalankan penyiasatan berkenaan dengan mengadakan sa buah Pa- sokan Pemadam Api bagi Kawasan Kampong Ayer.
Mr. Dorral akan menyediakan penyata berhubong dengan penyiasatannya itu dan kemudian akan menghantarkannya kapada Kerajaan Brunei untok dipertimbangkan.
Meskipun penyata itu belumlah lagi diterimai oleh Kera- jaan, tetapi diperchayai bahawa beliau akan menchadangkan su- paya Kerajaan mengadakan "rakit2" ayer bagi menjalankan peker- jaan memadam api itu.
HADIAH PEJABAT KEBAJIKAN NEGERI
Pejabat 'Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Negeri te- lah mengeluarkan hadiah sebanyak 25 kapada Sambas bin Aji dari Kampong Kilanas, Brunei yang telah menerima kemalangan satelah rumahnya terbakar pada 3 May yang lalu.
SHARIKAT MELAYU KAMPONG SERDANG
Dengan ini disiarkan untok pengetahuan orang2 ramai bahawa Kerajaan Brunei telah mendaftarkan dengan rasminya Sharikat Melayu Kampong Serdang sebagai sa buah pertubohan.
----------------------