Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-1 Jun 1956.pdf/6

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

Orang2 yang telah menerimai Gelaran2 Kehormatan itu ia- lah saperti berikut :-

"Commander of the British Empire" (Bahagian Awam) : Mr. R.E. Hales, Managing Director, British Malayan Petroleum Company Limited, Seria dan Sarawak Oilfields Limited kerana perkhidmatan awam di Brunei.

"Order of the British Empire" (Bahagian Awam): Inche' Mohammed Yassin bin Haji Hashim, Ahli Jawatan Kuasa Tadbir, Majlis Mashuarat Negeri Borneo Utara; Mr. Tan Kai Choon, kerana perkhidmatan awam di Sarawak; dan Mr. Arthur Thomas Wedgwood kerana perkhidmatan2 awam di Sarawak.

"Member of the British Empire" (Bahagian Awam) : Nonya Kong Yu Siung dari Pejabat Pelajaran Negeri Sarawak; Mr. Lee Swee Ling, kerana perkhidmatan2 untok kebajikan masharakat di Sarawak, dan Mr. Yew Sui Chang, kerana perkhidmatan2 untok Pergerakan Pengakap di Borneo Utara.

"Colonial Police Medal": Sergeant Major Arsat bin Malek dari Sarawak.


PEGAWAI PERUBATAN NEGERI BRUNEI

Dr. M.T. Read, iaitu Pegawai Perubatan Negeri Brunei yang baharu, telah tiba di Brunei dari Labuan pada hari Tha- latha 22 May, 1956 untok memegang jawatannya yang baharu itu.

Beliau telah memegang jawatan Ketua Pegawai Perubatan Negeri Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu dan telah berkhid- mat dalam Perkhidmatan2 Perubatan Malaya samenjak tahun 1946.

Dr. Read telah melawat Negeri Brunei pada 26 April, 1956 dan telah berangkat balek ka Kelantan pada penghujong bulan itu. Dalam masa yang singkat Dr. Read berada di Brunei, be- liau telah mengadakan perundingan2 bersama2 dengan beberapa pehak yang berkenaan dengan pembangunan Rumah Sakit di Kawa- san Penaga, iaitu diantara Kuala Belait dan Seria yang akan di binakan oleh Kerajaan Brunei dan akan ditadbirkan buat sa- mentara oleh Sharikat Minyak British Malayan Petroleum Com- pany Limited, Seria.

Dr. M.A. Rozalla telah berhenti memegang jawatan Pemang- 1956 ku Pegawai Perubatan Negeri Brunei mulai dari 23 May, dan tempatnya itu telah dipenohi oleh Dr. M.T. Read.


CHIEF INSPECTOR STEPHEN LIEW KA UNITED KINGDOM

Chief Inspector Stephen liew Kee Soon dari Pasokan Police Kuala Belait akan berangkat ka United Kingdom dengan kapal terbang pada 2 July, 1956 untok menghadziri Kursus "A" berdekatan Coventry.

Beliau akan berada diluar negeri hingga 9 December ta- hun ini dan salepas itu akan balek ka Brunei un tok menjalan- kan pekerjaan2nya samula.

Sabelum masa Peperangan ...