PEGAWAI KERAJAAN BRUNEI MERA'IKAN TUAN DAN MEM GILBERT
Pegawai2 Kerajaan Brunei telah mengadakan satu Majlis Jamuan Satay, Minuman dan Tari Menari di rumah persekutuan Brunei Sports Club pada malam hari Rabu 30 May, 1956 kerana mera'ikan British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert dan Mem Gilbert yang akan berangkat ka England sa- dikit hari lagi.
Majlis itu telah dimulai dari pukol 7 malam dan dite- ruskan hingga ka pertengahan malam, dalam mana sakalian yang hadzir telah mengambil peluang menguchapkan Selamat Jalan dan berchuti ka pada Tuan dan Mem Gilbert.
Diantara para tetamu yang hadzir di temasha tersebut ia- lah Wazir Yang Pertama Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara dan Wazir Yang Kedua Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Pemancha.
Pengiran Kerma Indera Mohamed, sebagai Wakil Pegawai2 Kerajaan yang hadzir di Majlis itu, ketika memberi uchapan menyatakan bahawa Majlis itu telah diadakan kerana mera'ikan Tuan dan Mem Gilbert yang akan berangkat ka England sebagai- mana terma 'lom, dan menguchapkan Selamat Belayar dan Selamat Balek ka Brunei kapada kedua2 beliau itu.
Dalam uchapannya itu, beliau telah menyebut bahawa sa- lama dua tahun satengah kaki tangan Kerajaan Brunei telah ber- khidmat dibawah tadbiran Tuan Gilbert, sakaliannya telah sen- tiasa mendapat penoh timbang rasa darí Tuan Gilbert.
Tuan Gilbert telah membalas uchapan itu dengan melafadz- kan kata2 yang bersesuaian. Beliau telah menguchapkan berba- nyak2 terima kaseh kapada kesemua Pegawai2 Kerajaan yang telah mengadakan Majlis itu untok mera'ikannya dan Mem Gilbert.
Berlebeh2 lagi, Tuan Gilbert telah menguchapkan terima kaseh kapada Pegawai2 Kerajaan Negeri ini atas pertulongan ma- sing2 kapadanya semasa beliau memegang jawatan British Resident seraya memegaskan bahawa penggantinya Mr. D.C. White, bekas Resident Sibu, Sarawak, iaitu saorang yang chukup mahir dalam hal ehwal pertadbiran negeri akan tiba di Brunei sadikit hari lagi.
Tuan Gilbert menerangkan bahawa dengan persetujuan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, beliau sangat sukachita hendak kembali samula ka Brunei satelah menyampurnakan perchu- tiannya untok memegang jawatannya samula.
Bagi pehak Mem Gilbert pula, Tuan Gilbert telah mengu- chapkan Selamat Tinggal kapada Pegawai2 Kerajaan dan Isteri masing2 khasnya serta kapada pendudok2 diseluroh Brunei 'amnya.
UPACHARA SAMBUTAN HARI JADI BAGINDA QUEEN DI BANDAR BRUNET
Upachara sambutan Hari Jadi Baginda Queen Elizabeth II telah dilangsongkan dihadapan bangunan Pejabat2 Kerajaan Brunei di Bondar Brunei pada pagi hari Khamis 31 May, 1956.
Upachara tersebut telah dihadziri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin; British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert; Wazir Yang Pertama Negeri Brunei, Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara;