2
sekalian yang hadzir mempersetujuinya jua, iaitu memberi tahniah dan terima kaseh kapada Tuan Pegawai Pelajaran Negeri, kerana sokongan dan usahanya, dengan dibantu oleh Pegawai 2nya, maka Sekolah ini telah dapat dibangunkan dengan jayanya.
"Marilah kita semuanya yang hadzir di Majlis ini berdo'a kapada Tuhan agarnya dengan pelajaran dan pendidekan yang diberi oleh Guru2 Sekolah ini, maka dapatlah Penuntut2 Sekolah ini menunjokkan jasa mereka terhadap ra'ayat jelata Negeri ini pada masa ka-hadapan ".
Ketika bertitah di Majlis pembukaan rasmi bangunan baharu Sekolah China Chung Hwa di Tutong, diantaranya Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei ber titah :
"Sekolah ini telah dibangunkan dengan perbelanjaan yang besar, diperolehi dari derma orang ramai dan juga dengan bantuan dari pehak Kerajaan Brunei. Dengan mempunyai perasaan bertimbangrasa terhadap pelajaran kanak2, maka penderma2 itu, Saya perchaya tentulah beroleh dengan semangat yang riang dan gembira pada hari ini kerana mereka telah dapat melihat bahawa dengan kumpolan derma yang mereka telah menghadiahkan itu, Pehak Yang Bertanggong Jawab dalam urusan pembangunan Sekolah ini telah dapat membangunkan sabuah bangunan Sekolah yang chukop indah dihadapan kita ini.
"Oleh itu, Saya berasa suka chita menguchapkan berbanyak2 terima kaseh kapada kesemua orang yang telah mengeluarkan hadiah sademikian. Saya berharap, orang2 yang belum lagi mengeluarkan sebarang jenis derma terhadap Sekolah yang baharu ini akan tidak bersegan lagi memberi derma masing2.
"Dengan adanya sabuah Sekolah China yang besar di Daerah Tutong ini, dapatlah ramai bilangan kanak2 belajar di Sekolah ini. Kapada murid2 sekalian, Saya berseru supaya mereka rajin belajar. Bagitu juga Saya berharap supaya Ibu-Bapa dan Warith2 kanak2 memberi pelajaran dan pendidekan yang tertentu ka pada anak2 mereka, kerana dengan hal ini dapatlah kanak2 itu akan menjadi orang2 yang berfaedah yang diam dalam Negeri ini pada masa mereka besar nanti.
"Disini Saya suka mengambil peluang, dan Saya perchaya para hadzirin harus turut mempersetujuinya, iaitu memberi tahniah dan terima kaseh kapada Tuan Pegawai Pelajaran Negeri kerana sokongan dan usahanya, maka Sekolah ini telah dapat dibangunkan dengan jayanya.
"Akirnya, Saya berseru kapada kesemua Guru2 Sekolah ini supaya menanam semangat pelajaran yang tinggi ka dalam hati tiap2 murid Sekolah dan juga memberi sebarang nasehat dan tegoran yang berfaedah kapada murid2 mereka untok memandu mereka ka arah kemajuan dalam hal ehwal pelajaran masing2.
BRITISH RESIDENT BRUNEI AKAN BERCHUTI
Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert, British Resident Brunei akan berangkat ka England pada bulan ini kerana menyampurnakan chuti panjangnya. Beliau dijangka akan berangkat dari Brunei ka Singapura pada hari Ithnin 11 June dengan kapal terbang dan dari sana akan be layar ka England bersama dengan Mem Gilbert pada hari Juma'at 15 June dengan kapal Willem Ruys.
Mem Gilbert akan berangkat ka Singapura pada hari Juma'at 8 June. Sebelum berangkat dari Brunei, beliau dan Mr. Gilbert di ra'ikan dibeberapa Majlis2 Jamuan yang meriah.
-------------------