akan dapat mendengar suara Imam Masjid itu pada masa khotbah.
Sahingga ka masa ini, tidaklah dapat kita menyatakan dengan tepat bahawa bilakah masanya yang Masjid itu akan siap. Bagaimana pun adalah dijangka yang Masjid itu akan dapat di- gunakan sekurang2 18 bulan lagi.
LICENCE BAISIKAL DI BRUNEI
Majallah Hiboran, Singapura telah menyiarkan satu ren- chana oleh saorang penulis baharu2 ini berhubong dengan per- kara mengenai licence baisikal di Brunei.
Dalam renchana tersebut, penulis itu berkata bahawa " mengapakah di Brunei pada masa ini semua orang yang mengam- bil licence baisikal itu sa belum dibenarkan oleh Pejabat Pen- daftaran atau Municipal terlebeh dahulu di "Test" oleh saorang Wakil Police, terkadang2 saorang yang hendak mengambil licence itu terpaksa membaikki baisikal dahulu hingga karat2 pun tidak dibenarkan melekat pada baisikal itu; apatah lagi kalau kotor2 bertanah dan tidak ada locheng, lampu merah dibelakang dan ro- sak chat sadikit pun terpaksa diganti dan membeli baharu; apa- tah lagi kalau tidak ada lampu hadapan dan tidak chukop kuat apa bila berhenti".
Untok pengetahuan penulis tersebut dan orang? ramai, ti- daklah terkandong didalam Undang2 Negeri ini mengenai pemerek- saan baisikal2 dengan salengkapnya. Bagaimana pun, Undang2 Negeri ini menyebut iaitu tiap2 baisikal dikahendakki mempu- nyai "brake" 2, "mudguard"2 dan locheng yang baik keadaannya. Sakiranya baisikal itu digunakan pada waktu malam, hendaklah digunakan lampu hadapan dan sabuah "reflector" (lampu merah) di belakang baisikal. Oleh itu sa belum tiap2 baisikal diberi licence, Pehak Yang Berkuasa terpaksalah memereksai baisikal itu terlebeh dahulu.
Oleh kerana beberapa banyak baisikal telah hilang, maka langkah yang dijalankan ini, diantaranya mendaftarkan nombor badan baisikal, dapatlah menentukan bahawa baisikal yang telah dichuri tidaklah didaftarkan semula dan juga langkah ini adalah memberi faedah dan memberi pertolongan yang besar kapada orang2 ramai untuk keselamatan lalu lintas.
JEMA'AH2 HAJI DARI BRUNEI TAHUN INI
Seramai 152 orang jema'ah2 Haji dari Brunei telah ber- angkat ka Tanah Suchi pada tahun ini kerana menunaikan fardzu Haji.
Rombongan yang pertama mengandongi seramai 80 orang telah berangkat ka Singapura dalam pelayaran mereka ka Jeddah pada 7 May, dan seramai 72 orang lagi, mengandongi 26 orang perempuan dan 22 kanak2 telah belayar dari Brunei ka Singapura pada 21 May.
Sabelas orang telah berangkat ka Tanah Suchi atas perbe- lanjaan perchuma dari Kerajaan Brunei, diantaranya ialah sa- iaitu isteri saorang Guru Sekolah Melayu orang perempuan, yang telah bekerja dalam perkhidmatan Kerajaan Brunei selama 25 tahun.