MASJID BAHARU DI BRUNEI
Kerajaan Brunei telah membuat satu ranchangan pada tahun 1949 bahawa Negeri Brunei patutlah mempunyai sabuah Masjid yang besar yang akan menjadi kemegahan kapada Negeri ini dan akan terdiri salama beberapa abad yang akan datang.
Pada masa itu penyiasatan2 telah dijalankan dan Kerajaan Brunei telah membuat perhubongan dengan beberapa buah negeri di Malaya meminta chontoh2 bentok Masjid2 yang baharu yang da- pat bermuat diantara 500 dan 1,000 orang.
Negeri Perak menjawab bahawa tidaklah ada sasa buah Mas- jid di negeri itu sabesar mana yang dika hendakki oleh Negeri Brunei. Selangor pula telah menghantarkan chontoh bentok Mas- jid baharu yang sedang dibina pada masa itu di Kuala Selangor yang dapat digunakan oleh diantara 600 dan 700 orang, menekala 500 orang sahaja dapat menggunakan Masjid di Kangar, Perlis.
Selain daripada itu, gambar2 Masjid di Muar, Johore yang dapat digunakan oleh 2,500 orang telah juga dihantarkan ka Brunei dan lain2 keterangan mengenai pembinaan Masjid yang baharu di Bandar Brunei telah diperolehi dari Persekutuan Ta- nah Melayu.
Kemudian pada bulan December tahun 1952 sa buah Jawatan Kuasa dengan di Pengurusikan oleh Yang Teramat Mulia Duli Pengi- ran Bendahara, Wazir Yang Pertama Negeri Brunei telah dituboh- Jawatan Kuasa itu telah ditugaskan untok mengambil per- setujuan iaitu dimanakah Masjid baharu tersebut patut dibina.
Pada permulaannya telah di chadangkan bahawa Masjid itu hendaklah dibangunkan di Padang Bandar Brunei Lama kelama'an Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin, telah bersetuju iaitu Masjid itu dibangunkan dikawasannya yang sekarang ini. Kawasan itu telah difikirkan sangat sesuai un- tok Brunei, kerana Bandar Brunei letaknya berhampiran dengan Sungei Brunei dan kebanyakan daripada pendudok2 Bandar Brunei dengan tinggal dikawasan Kampong Ayer itu. Berlebeh2 lagi, adanya Masjid baharu itu dikawasannya sekarang ini, dapatlah memberi kesenangan kapada Orang2 Islam yang tinggal di Kampong Ayer pergi ka Masjid itu, dengan menggunakan kenderaan2 di ayer.
Chontoh bentok bangunan Masjid itu mulai dilukis pada tahun 1953 dan pekerjaan membangunkan Masjid itu dijalankan sa- tahun kemudian. Tingginya Menara Masjid itu ialah 144 kaki, menekala bumbong bulat Masjid itu adalah sedikit rendah sahaja dari Menara itu.
Sabuah tambatan yang besar dan pangkalan akan dibina di- kawasan Masjid itu berhampiran Sungei Brunei dan pada sabelah malam akan dipasang lampu2 elektrik.
Beberapa banyak batu2 mar-mar dari Negeri Italy akan di- gunakan dalam Masjid itu. Oleh kerana kekurangan tempat me- nyimpan batu2 yang berharga itu dalam Bandar Brunei pada masa ini, sakaliannya itu akan dibawa ka Brunei pada masa yang di- kahendakkinya.
Sayugia disebutkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin sendiri telah melukiskan bentok Mimbar Masjid itu.Mim- bar itu juga akan diperbuat dari batu mar-mar yang mahal.
Oleh sebab Masjid itu sangat besar, maka beberapa banyak alat pembesar suara akan digunakan supaya kesemua sidang jema'ah