terima oleh Tuan British Resident mengadukan hal atas kurang puas hatinya penulis itu akan chara2 makanan yang diberikan dalam sabuah sekolah.
Penulis itu tidak memberi tarikh atau namanya, dan tidak pula menyatakan sekolah manakah yang menjadi sebab ti- dak puas hatinya itu. Satahu Kerajaan, gikan kapada anak2 Sekolah adalah memuaskan, makanan yang dibaha- ngikut peratoran2 yang telah disediakan baginya. Sunggoh pun dan harus me- demikian, oleh kerana tanggong jawab mengadakan makanan2 se- kolah itu terpulang kapada Guru2 Besar Sekolah, maka harus terdapat sebab2nya yang menimbulkan perasaan tidak puas hati itu.
Jika sakiranya terdapat keadaan serupa itu, orang ra- mai dijemput mengadukan hal itu kapada Tuan Resident sendiri sakiranya berasa takut menyatakan namanya si penulis itu da- lam suratnya. Tetapi, jika keterangan2 yang penoh saperti nama sekolah yang diadukan bersalah, nama sipenulis, nama guru sekolah dll., tidak akan dinyatakan, maka tidaklah dapat Pehak Yang Berkuasa mengambil tindakan yang samestinya.
Tuan Resident adalah sangat mengambil berat atas baik jalannya ranchangan makanan sekolah2 itu dan jika sakiranya ada perkara2 yang telah terkeluar daripada peratoran yang te- lah ditetapkan, maka beliau akan mengusahakan penyelidikan keatasnya.
PEMBAHAGIAN AYER DI KUALA BELAIT
Pekerjaan untok menyelesaikan pembahagian ayer died Kuala Belait telah dijalankan baharu2 ini dan Juru2 Tera da- ri Humes Industries, Singapura akan tiba di Brunei tidak be- rapa lama lagi untok membantu pekerjaan menyudahi pemasangan pipe ayer yang besar dari Seria ka Kuala Belait.
Pekerjaan tersebut telah mulai dilakukan oleh Peninsu- lar Company, tetapi sharikat itu telah tidak dapat menyudahi pekerjaan yang ditugaskan kapadanya dan ia telah menanggong segala perbelanjaan yang dilakukan itu.
Kemudian Kerajaan telah mempelawakan sharikat2 yang lain membuat permintaan untok menyudahi pekerjaan itu, tetapi sa- buah sharikat pun telah tidak diterima oleh Kerajaan. Oleh itu supaya pekerjaan tidak tergendala, maka Kerajaan telah berse- tuju bahawa pekerjaan itu hendaklah dijalankan oleh Pejabat Ker- ja Raya.
Kerajaan berharap hendak menyudahi pekerjaan memasang pipe yang besar diantara Seria dan Kuala Belait terlebeh dahu- lu, supaya dapatlah dibawa ayer yang jernis dari Seria ka tang- ki ayer di Kuala Belait.
Sasudah itu, baharulah akan dijalankan pekerjaan menyu- dahi pemasangan pipe 2 ayer di Bandar2 Seria dan Kuala Belait.
Kerajaan chukup faham kemahuan pendudok2 di Kuala Belait berkenaan dengan perkara pembahagian ayer di Daerah itu dan akan menjalankan pekerjaan2 dalam kuasanya untok menyudahi pekerjaan yang tersebut dengan saberapa segera.
----------------------