PANCHARAN RADIO BRUNEI
Radio Brunei akan mulai memancharkan pemancharan-nya pada malam hari Ithnin 15 April, 1957 mengikut sebagaimana ranchangan yang telah di-ator melalui gelombang sederhana 242.1 metre band, atau 1240 Kilo- cycle.
Ranchangan ini ada-lah sebagai penchuba'an sahaja, dan untok meng- etahui sajauh mana dan sebaik mana pancharan Radio Brunei itu akan dapat di-terima oleh pendengar2-nya di-keliling kawasan 5 batu dari luar dan dari dalam kawasan Bandar Brunei ini. Pendengar2 ada-lah di-minta beker. jasama supaya memberi tahu pendapat2 mereka berhubong dengan pancharan Radio Brunei ini, sama ada yang di-dalam kawasan 5 batu atau yang di- luar-nya.
Ada-lah di-peringatkan kapada orang ramai bahawa pancharan Radio Brunei pada malam hari Ithnin 15 April akan datang bukan-lah sechara pembuka'an rasmi. Upachara pembuka'an rasmi itu akan di-langsongkan oleh Kabawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan pada satu masa yang akan di-beri tahu nanti.
Sahingga Radio Brunei mendapat perkakas 2 yang lengkap dan Pegawai2 nya yang chukop terlateh, di-antara-nya termasok-lah Pegawai2 yang ada sekarang ini, maka Radio Brunei akan meneruskan Perkhidmatan ini mengi sebagaimana ranchangan yang di-sebutkan di-bawah ini:
Malam hari Ahad: 7.30 - 8.30 Lagu2 Perminta'an. 8.30 - 8.45 Shar- ahan Kebudaya'an, 8.45 - 9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00 - 9.45 Siaran dalam Bahasa Inggeris. Malam hari Ithnin: 7.30-8.00 Had- rah Brunei. 8.00 - 8.30 Irama Baru. 8.30 - 8.45 (belom di-tetapkan). 8.45-9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00 - 9.45 Siaran dalam Bahasa Inggeris. Malam hari Thalatha: 7.30 - 8.00 Ranchangan Khas. 8.00 8.45 - 9.00 - 8.30 Lagu2 Keronchong. 8.30 - 8.45 (belom di-tetapkan). Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00-9.45 Siaran dalam Bahasa Ingg- eris. Malam hari Rabu: 7.30-8.00 Lagu2 Perminta'an. 8.00 - 8.30 Per- mainan dari Studio Radio Brunei. 8.30-8.45 Ranchangan Kaum Ibu. 8.45- 9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00 - 9.45 Siaran dalam Bahasa Inggeris. Malam hari Khamis: 7.30 - 8.00 Bacha'an Koran di-ikuti oleh Sharahan Ugama. 8.00 - 8.30 Lagu2 Asli. 8.30 - 8.45 Lagu2 Melayu Jati. 8.45-9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00 - 9.45 Siaran dalam Bahasa Inggeris. Malam hari Juma'at: 7.30 - 8.00 Ranchangan Kanak2 dan Hal Ehwal Dunia. 8.00-8.30 Lagu2 Perminta'an. 8.30 -8.45 Ranchangan Lawak. 8.45 - 9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu. 9.00 - 9.45 Siaran dalam Bahasa Inggeris. Malam hari Sabtu: 7.30 - 8.00 Permainan dari Studio Radio Brunei. 8.00 - 8.30 Sandiwara Radio. 8.30 - 8.45 Sharahan 'Am. 8.45 - 9.00 Warta Berita dalam Bahasa Melayu, 9.00 - 9.45 Siaran de lam Bahasa Inggeris.
Untok pengetahuan orang ramai, mulai daripada malam hari Ithnin 1 April, 1957 Radio Brunei akan memperdengarkan berbagai2 jenis lagu seba- gai penchuba'an sahaja, mulai pada pukol 6.15 petang hingga pukol 8.00 malam, iaitu pada tiap2 malam hingga ka-malam hari Ahad 14 April. pada malam 15 April baharu-lah Radio Brunei akan mengikuti ranchangan sebagaimana tersebut di atas ini. Bagaimana pun, buat samentara, tidak- lah dapat pehak Radio Brunei menjamin yang ranchangan2 itu akan dapat di-ikuti menurut sebagaimana yang samesti-nya.
Samentara itu menurut satu kenyata'an yang terakhir sekali dari Pegawai 'Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Negeri, Duli Yang Maha Mulia Sultan telah dengan sukachita melantek orang2 yang di-bawah ini menjadi Pemereksa2 Sharahan2 Ugama dan Bacha'an Koran Al-Karim bagi Radio Brunei Pengiran Haji Mohd. Salleh (Kathi Besar Negeri Brunei), Tuan Haji Othman bin Mohd. Sa'id, Pehin Tuan Imam Haji Md. Sa'at, Pehin Khatib Metali bin Awang Md. Yassin, dan Inche' Marzuki bin Haji Serat.
Barang siapa yang suka hendak bersharah mengenai Hal Ehwal Ugama, atau membacha Koran melalui Radio Brunei, sila-lah berutus dengan beliau tersebut melalui Kathi Besar Negeri Brunei. Keraja'an akan membayar kapada orang2 yang di-terima mengambil bahagian saperti berikut: Bachaan sekali menghebahkan $10.00 dalam 7 minit; manakala Sharahan Ugama sekal menghebahkan $20.00 dalam 21 minit.
/M. Yusta