JAWAPAN SO'ALAN2 PELITA BRUNEI KELUARAN TAHUN 2: NO. 3 DIMUKA 6
1. Al-Marhom Sultan Bulkiah di-kenali juga dengan satu nama yang lain, iaitu sebagai "NAKHODA RAGAM".
2. Makam Sultan Bulkiah letak-nya di-KOTA BATU, Brunei.
3. SIR ROBERT SCOTT ia-lah Pesuroh Jaya Agong Tenggara Asia sekarang.
4. Perdana Menteri Keraja'an Inggeris pada masa ini ia-lah MR. HAROLD MACMILLAN. Beliau di-lantek menyandang gelaran itu pada 14 JANU- ARY, 1957.
5. Sabuah Kapal Perang Tentera Laut Di-Raja British yang telah menj- alankan pekerja'an mengukor dalam-nya perayaran2 di-perlabohan2 dan di-kawasan Pantai Brunei pada tahun 1956. Nama Kapal Perang itu ia-lah H. M.S. DAMPIER.
(a) COMMANDANT DUBOC, sabuah Kapal Perang Peranchis, di-ketuai oleh Captain Dopler telah melawat ka-Negeri ini pada tahun yang lalu.
6. Guru2, Murid2 Sekolah, dan Pegawai2 Keraja'an Brunei yang sedang belajar di-England dan di-Australia berjumlah seramai 16 orang sa- perti berikut:-
England: Inche' Md. Jamil bin Omar, Pengiran Hidup bin Pengiran Hashim, Inche' Isa bin Haji Ibrahim, Inche' Kifli bin Bujang, Inche' Nawah bin Haniffah, Inche Abdul Rahim bin Latif, Awangku Ismail bin Pengiran Mahmood, Inche' Talib bin Darwish, Inche' Johar bin Noordin, Inche' Sunni bin Idris, Mr. Andrew Fong dan Dr. J.K. Fozdar.
Australia: Awangku Idris bin Pengiran Kerma Indera, Inche' Abdul Hamid bin Ja'afar, Mr. Michael Chong, dan Mr. Anthony Chin.
SO'ALAN2 YANG BAHARU
1. Siapa-kah Penasehat Pelajaran kapada Setia Usaha Jajahan Ta'lok British yang telah melawat ka-Negeri Brunei sadikit hari dahulu ?
2. Sa-orang Menteri Pelajaran dari luar negeri telah tiba di-Brunei pada tahun 1956 sebagai tetamu kapada DYMM Sultan pada masa di-langsongkan upachara2 sambutan Hari Jadi Baginda. Siapa-kah Menteri Pelajaran itu ?
3. Apa-kah nama Gunong yang tinggi sekali di-kawasan Borneo British ? Di-mana-kah letak-nya gunong itu, dan berapa-kah tinggi-nya ?
4. Apa-kah nama dan di-mana-kah letak-nya Maktab Perguruan Perempuan2 Melayu di-Borneo Utara ?
5. Kerajaan Brunei telah menghantarkan Guru2 dari Brunei untok ber- lateh di-Persekutuan Tanah Melayu samenjak beberapa tahun yang lalu. Sebutkan nama 2 Maktab2 Perguruan Lelaki dan Perempuan sademikian.
6. Yang mana benar? Ibu Kota Borneo Utara pada masa sabelom berlaku Peperangan Asia Raya ia-lah: (a) Labuan (b) Kudat (c) Jesselton (a) Sandakan (e) Tawau.
(Segala Jawapan2 tersebut akan di-siarkan dalam Pelita Brunei pada keluaran akan datang).
==========================