LANTEKAN 2 BAHARU
Mr. R.H. Morris, Pegawai buat samentara menjalankan pekerja'an2 Po suroh Jaya Perkembangan, Brunei telah di-lantek menjadi Pengawas Penerb- angan Awam, Brunei mulai dari 25 February, 1957.
Mr. John Duclos telah di-lantek menjadi Station Manager, Brunei Broadcasting Service (Radio Brunei), mulai dari 1 March, 1957.
Mr. S. Gruiks telah di-lantek menjadi Pemereksa Kira2 Negeri, Brunei, mulai dari 6 March, 1957; dan mulai dari tarikh itu juga Mr. M. Glegg telah berhenti memegang jawatan Pemangku Pemereksa Kira2 Negeri.
===================================================
BRUNEI SHELL PETROLEUM COMPANY LIMITED
MENGGANTIKAN
BRITISH MALAYAN PETROLEUM COMPANY LIMITED
Brunei Shell Petroleum Company Limited, iaitu sabuah Sharikat Gab- ungan Shell yang di-tubohkan dalam Negeri Brunei baharu2 ini telah menj- alankan perniaga'an-nya sendiri mulai pada 15 March, 1957 menggantikan The British Malayan Petroleum Company Limited.
Meskipun pemindahan kira2 perniaga'an dari B.M.P. Company Limited kapada B.S.P. Company Limited telah di-tetapkan pada awal January tahun ini, tetapi samenjak masa itu B.M.P. Company Limited telah menjalankan perniaga'an-nya sebagai Wakil bagi B.S.P. Company Limited samentara me- nunggu sharat2 dan peratoran2 yang bersangkut paut dengan Undang2 dapat di-selesaikan.
Pengarah2 B.S.P. Company Limited itu ada-lah sama saperti Pengarah2 B.M.P. Company Limited, iaitu Mr. R.E. Hales, C.B.E., (Managing Director), Mr. J.L. Winter, Mr. C.E. Thieband, Mr. C.N. Chater dan Mr. F.G. West.
Sharikat yang baharu ini ia-lah sabuah Sharikat yang di-daftarkan di-dalam Negeri Brunei di-bawah Undang2 Sharikat2 Brunei; manakala Shar- ikat B.M.P. pula telah di-daftarkan di-United Kingdom. Pada masa Undang2 yang baharu itu berjalan kuat kuasa-nya pada awal tahun ini, pehak yang berkena'an telah menetapkan untok menubohkan sabuah Sharikat yang di- daftarkan di-Negeri ini.
Saterus-nya pekerja'an2, tanggong jawab dan sebagai-nya yang dijal- ankan dahulu oleh Sharikat B.M. P. Company Limited yang pada masa ini telah di-jalankan oleh B.S.P. Company Limited ada-lah tetap tidak berubah.
Untok pengetahun awam huruf2 rengkas Brunei Shell Petroleum Company Limited, Seria yang telah di-tetapkan oleh pehak yang berkuasa Sharikat itu bagi di-gunakan untok mengirim surat dan menulis "Cheque" ia-lah "B.S.P. Co. Ltd.,"%; manakala alamat kawat kapada Sharikat itu ia-lah "Brunshell".
===================================================
UNDANG2 PERJANJIAN DAN PERTOLONGAN KHAS
Penasehat Undang2, dengan persetujuan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan, mengusulkan Undang2 Perjanjian (Tanah Melayu) Tahun 1950, dan Undang2 Pertolongan Khas (Tanah Melayu) Tahun 1950 dari Persekutuan Tanah Melayu yang telah di-gunakan dalam Negeri ini untok mensesuaikan Undang2 Kutipan Malaya yang akan di-chap dan di-siarkan dalam Undang2 Perjanjian 1957 dan Undang2 Pertolongan Khas, 1957.
=================