Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-1 April 1957.pdf/4

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

Partai Rakyat Brunei, maka Ranchangan Duli Yang Maha Mulia Sultan meng- enai chara pentadbiran Majlis Mashuarat Negeri ini sudah-lah kena pada tempat-nya, dan Ranchangan itu akan juga membawa faedah yang besar ter- hadap Negeri ini pada masa hadapan".

"The Sarawak Tribune", Akhbar Harian bahasa Inggeris di-chitak di Kuching, Sarawak, ketika mengulas Perishtiharan Duli Yang Maha Mulia me- ngenai perkara tersebut, menegaskan bahawa Ranchangan Duli Yang Maha Mu- lia sebagaimana tersebut wajib-lah mendapat sambutan bukan sahaja oleh Warga Negara Brunei, bahkan oleh lain2 puak yang tinggal di-Negeri ini.

Akhbar itu mengingatkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan, dalam Majlis Mashuarat Negeri pada bulan February, 1956 telah bersetuju melu- luskan Undang2 Majlis 2 Mashuarat Tempatan Negeri Brunei, Tahun 1956 yang berdasar untok menubohkan Majlis2 Mashuarat Luar Bandar dan Pedalaman Lu- ar Bandar supaya dapat-lah di-jalankan kuasa2 Keraja'an Tempatan dengan sapenoh-nya, tetapi chadangan itu telah di-tolak oleh pendudok2 Negeri ini menerusi Wakil2 mereka.

Ketika membandingkan keada'an Majlis Mashuarat Negeri Brunei dan Sa- rawak, Akhbar itu berkata bahawa ranchangan baharu pentadbiran Majlis Mashuarat Negeri ini ada-lah berlainan chorak-nya daripada keada'an pen- tadbiran Majlis Mashuarat Negeri di-Sarawak.

Bagaimana pun, oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei suda pun mendapat kepujian sebagai sa-orang Yang Di-Pertuan yang bijak, maka tidak-lah sesiapa pun akan menafikan bahawa ranchangan Duli Yang Maha Mu- lia itu ada-lah untok memberi faedah dengan chara2 yang saberapa boleh mengenai peridaran Perlembaga 'an pentadbiran dalam Negeri ini. Meskipun begitu, ada-lah lebeh baik sakira-nya ranchangan yang baharu itu di-ja- lankan dengan perlahan2 pada masa orang ramai, terutama sekali pendudok2 tempatan belum-lah sanggup hendak menerima-nya.

Saterus-nya, Akhbar itu menyatakan bahawa berbagai2 perkara boleh berlaku dalam masa satahun, dan dalam masa itu juga pendudok2 di-Negeri ini telah enggan hendak mengambil bahagian dalam hal ehwal pentadbiran Kerajaan Tempatan. Maka harus-lah dalam masa itu, dengan mempunyai pengalaman2 mengenai keada'an kemasharakatan, pelajaran dan siasah, da- patlah mereka mengubah fikiran semula - perkara itu-lah yang sangat2 di-harapkan oleh orang2 yang mempunyai pengalaman2 yang luas.

Akhbar Sarawak Tribune, selanjutnya menyeru kapada pendudok2 di- Negeri Brunei supaya mereka buka-lah "Jubbah Kelalaian dan Kelengahan" mereka dan fikirkan-lah tanggong jawab mereka, bukan sahaja mengenai per- ubahan dalam hal ehwal diri sendiri, tetapi juga mengenai rakyat jelata pada masa hadapan.

Maka dengan mempunyai hal ehwal tanggong jawab sademikian, dapatlah mereka mengambil bahagian dalam hal ehwal Pentadbiran Negeri, dan dengan menjalankan pekerja'an mereka dengan sasunggoh-nya, dapat-lah ranchangan tersebut di-jalankan dengan sempurna.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Temasha H.I.B. Sekolah2 Melayu Pekan Brunei:

PERADUAN MEMBACHA SAJAK DAPAT SAMBUTAN YANG HANGAT

Satu peristewa yang baharu telah di-chatitkan dalam upachara sambu tan Hari Ibu Bapa Sekolah2 Melayu Pekan Brunei samenjak beberapa tahun yang lalu, manakala pada julong2 kali dalam riwayat Sekolah2 tersebut satu Peraduan Membacha Sajak telah di-langsongkan di-halaman Sekolah Me- layu Sultan Mohammed Jamalul-Alam, Pekan Brunei pada malam 3 March yang lalu.

Oleh kerana ramai bilangan pemuda2 yang telah mengambil bahagian, maka Peraduan Pemilehan telah di-adakan beberapa malam terlebeh dahulu di-Dewan Pejabat Penerangan Keraja'an Brunei.

Delapan orang telah masok bertanding dalam Peraduan Akhir. 4 orang

daripada-nya ....