Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-1 April 1957.pdf/3

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf
Chara Meluaskan Majlis Mashuarat Negeri:

PEMANDANGAN2 AKHBAR2 TEMPATAN

Berhubong dengan siaran2 kita pada 1 March dan 15 March yang lalu, kita telah menyiarkan hal ehwal mengenai Perishtiharan Duli Yang Maha Mu- lia Sultan Brunei mengenai perkara Meluaskan Chara Majlis Mashuarat Neg- eri. Oleh kerana Renchana 2 Pengarang Akhbar2 "The Borneo Bulletin" dan "The Sarawak Tribune" berkena'an hal tersebut sangat-lah elok di-ketahui oleh orang ramai, maka pada keluaran ini kita peturunkan petekan2 dari Renchana2 Pengarang itu untok tatapan sidang pembacha.

"The Borneo Bulletin", sabuah Akhbar Mingguan bahasa Inggeris di- chitak di-Kuala Belait, Brunei menyatakan bahawa langkah yang telah di- ambil oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan untok meluaskan chara Majlis Mashuarat Negeri ini, tidak-lah shak lagi akan mendapat persetujuan dari kalangan pendudok2 yang suka melihat perkembangan kemasharakatan.

"Berlebeh2an lagi, chara2 yang baharu bagi meluaskan Perishtiharan Duli Yang Maha Mulia itu akan membawa Negeri Brunei ini arah kemajuan dalam Perlembaga 'an Negeri ini. Berbagai jenis tudohan telah pun di- tujukan terhadap Majlis Mashuarat Negeri ini atas alasan orang2 ramai idak-lah di-beri peluang untok memileh sabilangan daripada Ahli Majlis Mashuarat Negeri, sabaleknya, mulai dari sekarang ini, Ahli Majlis Mashuarat Luar Bandar dan Pedalaman Luar Bandar dapat-lah memileh bebe- rapa orang Wakil2 antara mereka pada julong2 kali dalam sejarah Negeri Brunei, daripada mana akan di-pileh orang2 yang akan di-lantek menjadi Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri".

"Selanjutnya", tegas Akhbar itu, "Dengan ada-nya Majlis Mashuarat Negeri yang baharu itu, maka dapat-lah Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri ini menyuarakan pada julong2 kali pengharapan2 dan kehendak2 orang ramai ya- ng tinggal di-sagenap Daerah mengenai hal ehwal Negeri Brunei, yang sa- kian lama telah di-jalankan dengan chara berlainan".

Mengenai chara2 lantekan baharu Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri Bru- nei, Akhbar itu menyuarakan, bahawa Majlis Mashuarat Negeri ini, yang di- sifatkan sebagai "Kedai yang tertutop" sakian lama, akan menambahkan lagi 10 orang Ahli2 Yang Di-pileh. Ahli2 itu akan di-pileh oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan daripada sajumlah 22 orang chalon2 yang di-kemukakan oleh Majlis2 Mashuarat Daerah.

"Untok sabilangan orang", Demikian kata Akhbar itu, "Terutama sekali oleh "Puak Pembangkang" Negeri Brunei, iaitu Partai Rakyat - langkah yang akan dijalankan itu tidak-lah akan memadai. Partai itu berkehendak supaya kesemua Ahli2 Majlis Mashuarat Negeri ini di-pileh oleh orang ramai".

Dalam hal ini Akhbar Borneo Bulletin itu berpendapat, "Bahawa orang2 yang hendak mara dalam hal ehwal tersebut terlebeh dahulu daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan, tidak-lah boleh berhasil bagi menjalankan rancha- ngan mereka, kerana mengikut keada'an Negeri ini ada-lah lebeh baik lagi perkara tersebut di-jalankan selama 5 atau 6 tahun.

Dengan hal tersebut, dapat-lah Negeri ini mempunyai Ahli2 Majlis Mashuarat yang sudah terlateh dan juga yang akan dapat memberi perkhid- matan2 yang berharga terhadap sabuah Majlis Mashuarat Negeri "Yang Be- bas" pada masa akan datang kelak".

Saterusnya Akhbar Borneo Bulletin itu berkata, "Bahawa Partai Rakyat di-Negeri ini ada-lah sebagai "saorang kanak2 yang telah rosak dan nakal". Ia berkehendak menjalankan pentadbiran, kuasa, dan tempat dalam Majlis2 Mashuarat di-Negeri ini dengan tidak payah bekerja atau berlateh bagi menjalankan pekerja'an2 yang di-kehendaki itu; serta juga ia berkehendak memberi jawatan2 yang tinggi kapada orang2 yang tidak ber- kelayakan, atau tidak mempunyai persedia 'an bagi menjalankan tanggong jawab mereka". Akhbar itu mendapati, "Bahawa oleh kerana tidak ada o- rang2 yang berkelayakan bagi menjalankan jawatan2 tersebut dari kalangan

Partai Rakyat ...