Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-1 April 1957.pdf/2

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

Duli Yang Maha Mulia Sultan juga menguchapkan terima kaseh dan tahniah dari Keraja'an Brunei kapada kedua2 beliau tersebut atas perkhidmatan2 mereka yang berharga terhadap negeri ini sebagaimana tersebut.

KEMASOKAN PENANAM2 SAYOR DARI LUAR NEGERI KA-BRUNEI

Majlis Mashuarat Negeri, dalam Persidangan tersebut antara lain2 telah bersetuju membenarkan perminta'an dari Sharikat Chun Yap untok membewa masok ka-dalam Negeri ini 20 orang Pekebun2 Sayor.

Tukang2 Kebun itu hendak-lah mempunyai surat2 akuan masok semula ka Negeri mereka yang asal. Mereka itu ada-lah di-benarkan tinggal di-Negeri ini selama satahun, pada kali yang pertama. Tanah yang akan di-gunakan oleh mereka itu ada-lah menurut sebagaimana sharat2 yang terkandong di-bawah Lisen Pekerja'an Samentara.

==============================================================

PEGAWAI PERTANIAN NEGERI MELAWAT MALAYA

Pegawai Pertanian Negeri, Brunei Inche' Hamidoon bin Awang Damity telah berangkat ka-Singapura pada 1 March yang lalu bersama2 3 orang Peawai2 Pertanian Negeri Sarawak dan dari Singapura mereka telah berangkat ka-beberapa tempat di-Persekutuan Tanah Melayu.

Semasa berada di-Malaya, ke-empat2 Pegawai2 Pertanian tersebut telah melawat ka-Pejabat2 Pertanian, Pusat2 Penchuba'an Menanam Pohon2 Ge-tah yang kechil dan sebagai-nya di-Negeri 2 Johore, Malacca, Negeri Sem-bilan dan Selangor.

Sabelom balek ka-Borneo pada akhir bulan yang lalu, Pegawai2 Per- tanian itu telah melawat ka-Maktab Pertanian di-Serdang, Selangor dan bertemu dengan Pengarah Jabatan Pertanian, Persekutuan Tanah Melayu.

==============================================================

PRESIDENT PHILIPINA TERBUNOH DALAM KEMALANGAN KAPAL TERBANG

President Philipina, Ramon Magsaysay telah mati terbunoh dalam se tu kemalangan kapal terbang yang dahshat bersama2 25 orang lagi pada pag 17 March, 1957 ketika kapal terbang itu sedang menuju dari Bandar Raya Cebu ka-Manila.

Bangkai kapal terbang tersebut telah di-jumpai pada hari itu juga di-sabuah Kampong bernama Barrio Tap Awan, tidak jauh dari Bandar Raya Cebu. Hanya sa-orang sahaja yang hidup dalam kemalangan tersebut, iaitu Mr. Nestor Mata, sa-orang Wartawan dari Akhbar Philippines Herald.

Samentara itu ada-lah di-beritakan dari Manila bahawa Carlos P. Garcia telah di-lantek menjadi President yang ke-empat, Negeri Philipin.

==============================================================

JAWATAN KUASA PERKHIDMATAN AWAM

Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam Majlis Mashuarat dengan suka- chita telah melantek orang2 yang di-bawah ini menjadi Ahli2 Jawatan Kus Perkhidmatan Awam ("Public Service Committee"):

Yang Berhormat Pehin Dato' Perdana Menteri Haji Ibrahim bin Mohd Jahfar, D.K., P.0.A.S., D.P.M.B., O.B.E., (Pengurusi); Yang, Teramat Mul Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha, D.K., D.P.M.B., O.B.E.; Yang Ber- hormat Mr. E.W. Cousens; Yang Berhormat Pengiran Haji Mohd. Salleh bin Pengiran Haji Muhammad, D. P.M. B.; P.M. Yusuf A.R.; dan Yang Berhormat R.E. Hales, C.B.E.

                           ===============