Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-16 JANUARI 1957E.pdf/8

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

LATEHAN JURU2 RAWAT GIGI DARI BRUNEI DI-PULAU PINANG

Pejabat Perubatan Kerajaan Brunei sedang membuka peluang kapada perempuan2 yang berumor 17 tahun ke-atas dari Brunei untok berlateh sebagai Juru2 Rawat Gigi di-Pulau Pinang.

Chalon2 yang berjaya dalam pemilehan yang akan di-adakan oleh pehak Jabatan Perubatan di-sini akan di-hantarkan ka-Pulau Pinang atas perbelanja'an Keraja'an, di-mana mereka akan ber- lateh di-Sekolah Latehan Juru2 Rawat Gigi selama dua tahun.

Salepas menerima latehan di-Pulau Pinang, Juru2 Rawat Gigi itu pula akan di-beri latehan di-Brunei selama satahun dan empat bulan, dalam mana mereka akan bekerja di-sabuah Klinik Gigi di- Bandar Brunei di-bawah pengelola'an sa-orang Pegawai Gigi.

Sesudah lulus dalam latehan2 tersebut, Juru2 Rawat Gigi itu akan bekerja di-sekolah2 di-Brunei, memereksa dan mengubati kanak2 sekolah, supaya dalam sedikit tahun yang akan datang dapat-lah di- perbaiki keada 'an gigi2 di-Negeri ini.

Juru2 Rawat Gigi itu tidak-lah akan mengubati orang2 dewasa, kerana pekerja 'an ini akan di-jalankan saperti biasa oleh Pegawai Gigi Negeri ini.

Tiap2 orang yang hendak meminta jawatan tersebut hendak-lah lulus Form III di-sekolah Inggeris dan ke-utama 'an akan di-beri kapada chalon2 yang telah lulus dalam Pepereksa'an Darjah Sembilan.

Selain daripada gaji dan pemberian wang yang berpatutan dal- am masa latehan, Juru2 Rawat Gigi itu akan di-beri pakaian sama dengan perchuma dan sebagai-nya. Segala perminta'an hendaklah di- alamatkan kapada State Medical Officer, Brunei tidak lewat daripada 31 January, 1957.


TIMBALAN PENOLONG PEMUNGUT HASIL2 TANAH NEGERI BRUNEI BALEK DARI AUSTRALIA

Inche' Mohamed Ali bin Awang Besar, Timbalan Penolong Pem- ungut Hasil2 Tanah Negeri Brunei, telah berangkat ka-Australia pada 7 July, 1956, untok mempelajari Kursus Nilaian Tanah di-benua itu atas hadiah Pelajaran Perchuma Colombo Plan oleh Keraja'an Australis selama enam bulan.

Dalam masa tersebut beliau telah mempelajari hal ehwal pela- jaran pertadbiran bandaran dan luar bandar, nilaian2 untok chukai2 kebun nilaian2 berhubong dengan segala jenis harta pesaka dalam negeri bagi perolehan Negeri2 Commonwealth, dan sebagai-nya dengan mendapat pertolongan yang istimewa dari Mr. W.R. Smart, sa-orang Pegawai Yang Kanan di-Jabatan Nilaian Tanah di-Sydney, Bandar Raya yang terbesar sekali di-Australia.

Menurut satu berita yang rasmi dari Pejabat Persuroh Jaya Negeri Australia di-Singapora, Inche' Mohamed Ali sudah pun tamat dalam latehan-nya. Beliau telah belayar dari Sydney ka-Singapora dengan kapal M.V. Gorgon dan di-jangka tiba di-Singapora pada 14 January, 1957.

Inche' Mohamed Ali akan tiba di-Brunei dengan kapal terbang Sharikat Malayan Airways dari Singapora pada hari Rabu 16 January.

                        ============================

M/Yus.