dari Malaya dan penghasilan-nya yang lebeh tinggi itu telah meng- galakkan pesawah2 padi itu membuka kawasan2 yang lebeh besar lagi untok padi sawah.
Kawasan2 di-Lumapas dan Kilanas telah di-buka dengan chara ini, tetapi chara menanam padi sawah itu maseh sukar dan memakan tenaga yang banyak. Kebanyakkan daripada tenah-nya penoh dengan paya dan payah hendak menggunakan bajak dan hanya dapat di-usaha- kan dengan menggunakan dua, tiga atau lebeh kerbau untok menghan- chorkan perlahan2 kawasan2 yang hendak di-tanami itu: Kerbau itu biasa-nya mengharong hingga perut-nya dan peladang2 yang mengem- balakkan-nya berjalan dalam lumpur yang satinggi lutut-nya.
Lembaga Penyelidikan Pertanian Bersama
Dalam segi pertanian-nya ke-tiga2 Daerah di-kawasan Borneo British ini, mengandongi Brunei, Sarawak dan Borneo Utara mempunyai masaelah2 yang sama, dan lembaga2 penyelidikan pertanian yang ber- asingan untok tiap2 Daerah itu akan hanya merugikan dan membuang wang sahaja.
Oleh itu sabuah Lembaga, yang dinamakan Lembaga Penyelidikan Pertanian Bersama di-chadangkan bagi ke-tiga2 Daerah tersebut dan Majlis Mashuarat Negeri Brunei telah pun memberi persetujuan dalam dasar-nya kapada ranchangan tersebut, sunggoh pun peruntokan2 wang belum-lah lagi di-suarakan.
--------------------------------------------------------------------------------
Darjah2 Orang2 Dewasa - Khas Kapada Perempuan:
DARJAH2 MENYULAM DENGAN ENJIN JAHIT DAN TANGAN DI-ADAKAN DI-PEKAN BRUNEI-TUTONG-SERIA-BELAIT
Ada-lah difahamkan daripada Pejabat Pelajaran bahawa Darjah2 Menyulam dengan menggunakan enjin jahit dan tangan khas kapada orang2 Perempuan sahaja akan diadakan pada sabelah petang di-empat buah sekolah2 di-Negeri ini, saperti berikut:-
Sekolah Melayu Raja Isteri Fatimah, Pekan Brunei; Sekolah Melayu Muda Hashim, Tutong; Sekolah Melayu Muhammad 'Alam, Seria; dan Sekolah Melayu Ahmad Tajuddin, Kuala Belait.
Darjah2 tersebut ada-lah di-untokkan bagi perempuan2 dalam Negeri Brunei yang bersuami, murid2 Sekolah ti- dak-lah dibenarkan menghadziri-nya.
Segala pengajaran akan dijalankan dalam Bahasa Melayu. Tiap- tiap penuntut akan dikenakan bayaran sabanyak 2.00 sa-penggal, mengandongi 10 pelajaran. Bayaran 2.00 itu boleh-lah di-tuntut balek jikalau kedatangan 80% atau lebeh dalam satu penggal, tetapi jikalau kedatangan sasaorang itu kurang daripada 80%, maka baya- ran $2.00 itu akan terpulang kapada milek Keraja'an.
Sakira-nya sasaorang itu suka hendak menyambong pelajarannya salepas menghadziri satu penggal, boleh-lah ia mendaftarkan namanya. semula. Pendaftaran bagi Darjah2 ini hanya dapat diterima oleh Pe- jabat Pelajaran pada permulaan tiap-tiap penggal pelajaran, dan tidak sesiapa pun dibenarkan belajar apabila penggal pelajaran itu telah dimulakan.
Guru2 Darjah2 tersebut ia-lah Che' Shahida binte Osman di- Pekan Brunei; Che' Mastura binte Abdul Latif, di-Tutong; Che' Za- limah binte Osman, di-Seria; dan Nonya Renne Lo di-Kuala Belait.
----------------------