Rombongan dari Brunei itu akan berangkat dari Labuan dengan kapal terbang ka-Manila, pada 17 January, 1957 dan balek pada 8 February, 1957. Dalam masa menghadiri perkhemahan itu, akan dapat peluang bertemu dengan Persuroh Jaya Pengakap Perempuan Saberang Laut, Miss Helen McSwiney.
Samentara itu, ada-lah di-fahamkan bahawa Miss Helen McSwi- ney, di-jangka akan tiba di-Brunei pada 24 February, 1957 dan ak- an tinggal di-Brunei selama saminggu. Dalam masa yang singkat ia berada di-negeri ini, Miss Helen sangat-lah besar hati hendak berjumpa dengan sesiapa pun yang gemar dalam Pergerakkan Pengakap Perempuan.
Lebeh lanjut lagi kita ketahui iaitu pada masa menghadziri Perkhemahan Pengakap Perempuan Sa-dunia itu, ke-semua wakil2 itu, akan di-bawa melihat tempat2 yang bersejarah dan sebagai-nya di- antara-nya ia-lah Istana Malacanang bangunan kediaman rasmi President Negara Philippines; Intramuros - sabuah bandar yang di- kelilingi oleh tembok2, di-bina oleh orang2 Negeri Spaniol pada abad yang ka-18; University of Santo Thomas, sabuah University puak Cathlic yang mulai di-bangunkan pada tahun 1611 dan di-jadi- kan penjara oleh Pemerentahan Jepun pada masa mentadbirkan Phili- ppines; dan melawat ka-lain2 tempat.
Ranchangan Tali Ayer Mulaut dan Kilanas:}}
MAJLIS MASHUARAT NEGERI MELULUSKAN PERBELANJA'AN $5 JUTA PEKERJAAN SUDAH PUN DI-MULAI DI-MULAUT DAN KILANAS
Majlis Mashuarat Negeri Brunei, dalam persidangan-nya sa- dikit hari dahulu, telah bersetuju meluluskan perbelanja'an sa- banyak $5,000,000 bagi menjalankan Ranchangan Tali Ayer di-kaw- asan2 Mulaut dan Kilanas.
Pekerjalan sudah pun di-mulai di-kawasan2 tersebut, letak- nya kira2 sapuloh batu dari Bandar Brunei dan sedang berjalan dengan chukop sibok pada masa ini supaya dapat-lah di-sediakan terusan2 ayer dan parit2 itu sabelom tiba musim menanam padi ke- lak.
Terlebeh dahulu Wakil2 dari pehak Kerajaan telah mengada- kan perundingan2 dengan pendudok2 di-kawasan2 tersebut. telah bersetuju, buat permula'an, supaya di-jalankan ranchangan itu di-satukan ka-kawasan arah ka-Utara tempat2 tersebut, meng- andongi kira2 600 ekar bendang dan 200 ekar sebagai tempat simpanan.
Sakira-nya terusan2 ayer dan parit2 itu terpaksa di-buat melalui sawah2 padi, maka Kerajaan akan memberi beras atau wang kapada tuan2 punya sawah padi itu dengan sechara berpatutan.
Keraja'an akan berikhtiar dengan saberapa boleh supaya pekerjalan bagi membina terusan2 ayer dan parit2 di- lakukan oleh orang2 yang tinggal di-kawasan2 tersebut sahaja.
Ada-lah di-ingatkan bahawa dalam pertengahan dan akhir tahun 1920-1930, satu usaha membanyakkan penanaman padi lembah sawah telah di-jalankan di-antara orang2 Kedayan (iaitu puak yang banyak sekali bertani di-Brunei), tetapi pada tahun 1929 hanya 1,200 ekar daripada jumlah 5,200 ekar sahaja yang telah di-tanam dengan padi lembah atau padi sawah. Dalam pada itu, benih padi baharu telah di-masokkan