PEGAWAI PENERANGAN NEGERI BRUNEI YANG BAHARU
Pengiran Mohamed Yusoff bin Pengiran Haji Abdul Rahim, Peno- long Pegawai Penerangan, Brunei telah di-lantek menjadi Pegawai Penerangan Negeri Brunei mulai dari sahari bulan January, 1957 menggantikan tempat Inche' Suhaimi bin Haji Amin yang telah ber- henti memegang jawatan itu mulai dari tarikh tersebut juga.
Inche Suhaimi bin Haji Amin, bekas Pegawai Penerangan Negeri samenjak bulan September, 1954 telah berangkat ka-Singapora Brunei dengan kapal terbang Sharikat Malayan Airways pada tengah hari Khamis, 3 January, 1957 bersama dengan isteri, anak dan ibu mertua-nya. Ramai anggota 2 Pejabat Penerangan, termasok Pegawai Penerangan Negeri, Pengiran Mohamed Yusoff; Penolong Pegawai Penerangan, Pengiran Puteh bin Pengiran Haji Rajid; serta beberapa orang Pegawai2 Keraja'an dan lain2-nya telah berangkat ka-Padang Kapal Terbang Berakas menguchapkan Selamat Jalan kapada Inche Suhaimi dan keluarga-nya. Inche Suhaimi telah mengucapkan Se- lamat Tinggal kapada kesemua orang yang berada di-Padang Kapal Terbang pada masa itu.
Beberapa hari sabelom Inche' Suhaimi berangkat ka-Singapora, Pegawai Penerangan Negeri serta anggota 2 Pejabat Penerangan dari Bandar Brunei dan Kuala Belait telah mengadakan satu Majlis jamuar makan nasi Beriani di-dewan Pejabat Penerangan, Bandar Brunei.
Pegawai Penerangan Negeri telah melafadzkan kata2 yang ber- harga bagi pehak ke-semua anggota2 Pejabat Penerangan di-Majlis tersebut dan menghadihkan sabuan gong perak kapada dzaif yang di- ra ikan itu.
Inche' Suhaimi telah menguchapkan berbanyak terima kaseh atas jamuan yang di-adakan itu dan juga terhadap chendermata yang di-hadiahkan kapada-nya oleh anggota2 Pejabat Penerangan. telah memuji jasa Pengiran Mohamed Yusoff, bukan sahaja kapada pehak Pertadbiran Negeri, bahkan terhadap masharakat. Kapada ke- semua anggota Pejabat Penerangan ini, Inche' Suhaimi menasihatkar supaya mereka bekerja dengan lebeh tekon lagi dalam menjalankan kewajipan masing2 pada satiap masa; dan di-samping itu beliau, bagi pehak keluarga-nya menguchapkan Selamat Tinggal kapada para hadziran.
Majlis itu di-tamatkan dengan bacha'an do'a sela mat oleh Chelgu Abdul Rahman bin Haji Hashim, Guru Ugama di-S.0.A.S. College, Brunei.
WAKIL2 PENGAKAP2 PEREMPUAN NEGERI BRUNEI KA-PERKHEMAHAN SA-DUNIA DI-MANILA, PHILIPPINES
Lima orang Pengakap2 Perempuan dari Brunei, mengandongi tie orang dari Bandar Brunei dan dua orang lagi dari Seria telah di- pileh untok menghadziri Perkhemahan Pengakap2 Perempuan Sa-dunia yang akan di-langsongkan di-Manila, Philippines pada bulan ini, sabagai menyambut usia saratus tahun Pertubohan Pengakap2 Perempu Sa-dunia.
Waki12 Brunei ka-Perkhemahan tersebut, yang akan di-ketuai oleh Mem M. Bradshaw, sa-orang Pegawai dari Persekutuan Pengakapa Perempuan Negeri Brunei ada-lah saperti berikut:-
Zaharah binte Idris, Jusnani binte Lawi dan Zainon bina Latif (ke-semua-nya dari Bandar Brunei); Maimon binte Ahmad dan Sheila Fowle (ke-dua-nya dari Seria).