Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-16 JANUARI 1957E.pdf/1

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf
Tahun 1. No. 23
DITERBITKAN OLEH PEJABAT PENERANGAN
KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
16 JANUARY, 1957.

Pengurnia'an Gelaran Kehormatan Tahun Baharu:

HAKIM BESAR BRUNEI - SARAWAK - BORNEO UTARA DIANUGERAHKAN DARJAT "KNIGHT BACHELOR"


DULI YANG MAHA BESAR Baginda Queen Elizabeth II telah, dengan suka- chi tanya, bersetuju menganugerahkan gelaran2 kehormatan Tahun Baharu 1957 kepada 10 orang Pegawai 2 Kerajaan dan Pembesar2 Negeri 2 Brunei, Sarawak, dan Borneo Utara; dan disamping itu, Tuan Yang Terutama Go- vernor Negeri Sarawak telah bersetuju menganugerahkan hadiah Sijil Kehormatan kapada saorang Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat diKuching.

Hakim Besar Negeri Brunei, Sarawak, dan Borneo Utara, Tuan Yang Terutama Justice Sir Ernest Hillas Williams telah dianugerah- kan oleh Baginda Queen dengan gelaran kehormatan yang tinggi sekali diantara beliau2 tersebut, iaitu darjat kehormatan "Knight Bachelor" manakala orang2 yang dibawah ini telah mendapat gelaran2 kehormatan saperti berikut:-

"Officer of the Most Excellent Order of the British Empire" (0. B.E.): Mr. Henry Edmund Cornish M.C., Postmaster General, Sara- wak; Mr. Andrew Goode, Setia Usaha Ke-ewangan, Borneo Utara; dan Mr. Kwan Chai Chuen, saorang Pembesar di Borneo Utara.

"Member of the Most Excellent Order of the British Empire" (M. B.B.): Dato' Tuanku Bujang bin Tuanku Haji Othman, Pegawai Per- tadbiran Negeri Sarawak; Mr. Tan Yam Thong, Pendaftar Yang Kanan diMahkamah Tinggi Negeri Sarawak; Mr. Thien Tet Fui, bekas Penolong Pegawai Hal Ehwal Orang2 China di Pejabat Buroh dan Kebajikan Masha- rakat, Borneo Utara; dan Mem Edna Bryant dari Borneo Utara atas per- khidmatannya terhadap perkhidmatan2 kebajikan perubatan.

Pingat Police Baginda Queen: Mr. Peter Edward Turnbull, bekas Chief Police Officer, Brunei dan pada masa ini menjawat jawatan Tim- balan Pesuroh Jaya Police Sarawak.

Pingat British Empire (Bahagian Awam): Mr. Benedict Stephen, Inspector Lembaga Bandaran, Pejabat Perubatan, Borneo Utara.

Sijil Kehormatan: Mr. Kho Lai Aik, Kerani Besar dan Pegawai Punereksa Kira-kira di Pejabat Perniaga'an dan Customs, Kuching,

SIR ABDUL RAHMAN - G.C.M. G.

Sayugia disebutkan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembi- lan, Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Sir Abdul Rahman ibni Almar- hum Tuanku Muhammad, K.C.M. G., telah dianugerahkan oleh Duli Yang Maha Besar Baginda Queen dengan martabat yang tinggi sekali diMalaya iaitu martabat "Honorary Knight Grand Cross of the Most Distingui- shed Order of Saint Michael and Saint George" (G.C.M. G.). Dengan pe- ngurnia'an martabat ini, Tuanku Sir Abdul Rahman adalah menjadi Sul- tan yang ketiga diMalaya yang menyandang gelaran kehormatan ini, se- lain daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johore dan Sultan Pahang.

                                  - - - - - - - - - -