Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-15 Julai 1957.pdf/6

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

PERTANDINGAN BACHAAN KORAN

Pertandingan Bachaan Koran bagi Daerah Brunei dibawah anjo- ran Persatuan Kesatuan Islam Brunei akan dilangsongkan diMesjid Pekan Brunei pada hari Ahad 28 July, 1957.

Pertandingan itu adalah terbuka kapada kanak2 laki2 dan perempuan yang berumor 14 tahun kabawah dan juga kapada orang- orang dewasa.

Pertandingan untok orang2 dewasa bahagian 'B' akan dilange songkan diMesjid Pekan Brunei pada 28 July dan chalon2 yang ber- jaya menjadi Johan2 yang pertama dan yang kedua dalam pertandingan itu akan dipileh untok bertanding dalam bahagian 'A' pada 6 August.

Chalon2 yang berjaya dalam pertandingan2 yang terma'lum akan masok bertanding dalam pertandingan sanegeri Brunei diMesjid Pekan Brunei pada 11 August, 1957.

                           * * * * * * * * * * * *

PEGAWAI GURU2 - PENUNTUT2 BRUNEI DILUAR NEGERI

Che 'gu Pengeran Hidup bin Pengeran Hashim, Guru Kumpulan di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin telah balek kaBrunei pada 6 July satelah menyempurnakan kursus dalam hal ehwal Pelajaran di England dengan mendapat Pelajaran Perchuma dari Keraja'an Brunei.

Che'gu Mohamad Jamil bin Awang Omar, Pengawas Kebun2 Sekolah dan Rumah telah balek kaBrunei pada 17 July sasudah tamat pelaja- rannya di Maktab City of Worcester, England atad Pelajaran Perchuma dari eraja'an Brunei.

Inche' Talib bin Darwish, saorang Penulong Pegawai Teknik yang kanan di Jabatan Korja Raya Brunei yang telah berangkat ka United Kingdom beberapa bulan yang lalu untok mempelajari Kursus Juru-Tera atas perbelanja'an perchuma dari Keraja'an Brunei telah balek kaBrunei baharu2 ini kerana berchuti.

Beliau dijangka akan balek kaEngland kira2 pada bulan Sep- tember hadapan.

Enam orang penuntut2 dari Brunei yang belajar diMaktab Islam saMalaya atas perbelanja'an perchuma dari Keraja'an Brunei telah juga balek kaBrunei baharu2 ini untok menyampurnakan kelepasan me reka disini selama lebeh kurang dua bulan.

Penuntut 2 itu ialah Awang Mohamed Zain bin Haji Serudin, Aw- ang Abdul Rahman bin Khatib Abdullah, Awang Mahalle bin Haji Abdul- lah, Awang Abdul Hamid bin Mohamad Daud, Awang Abdul Hamid bin Bakal, dan Awang Abdul Salam bin Abdul Razak.

                     __________________________________

LAWATAN PENUNTUT 2 DARI KUCHING KA BRUNEI

Seramai 22 orang Guru2 Pelateh dari Pusat Latehan Guru2 Batu Lintang, Kuching dengan diketuai oleh Che'gu Mobil bin Haji Paris telah melawat ka Brunei pada 2 July yang lalu dari Limbang.

Mereka telah melawat ka Pejabat Penerangan, Radio Brunei, Se- kolah Melayu Sultan Mohamad Jamal-ul-Alam, Sekolah Raja Isteri Fatimah, Pusat Latehan Guru2 Melayu Brunei, Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin dan kalain2 tempat. Sekeliannya iti telah pun balek ka Kuching melalui Miri pada 11 July.

                               * * * * * * * * * * *