Pejabat Tanah Belait: Pegawai Daerah Belait. Pejabat Tanah Tu tong: Pegawai Daerah Tutong, dan Pejabat Tanah Temburong: Pegawai Daerah Temburong.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
TEHASHA SAMBUTAN HARI RAYA HAJI DI SEKOLAH MELAYU S.M.J.A.
Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Pekan Brunei te- lah menyambut Hari Raya Haji dengan mengadakan Majlis2 Peraduan Ba- cha'an Koran Al-Karim pada petang hari Ithnin 8 July, 1957 diDewan Sekolah itu, dan pada malamnya telah dilangsongkan Peraduan2 Bahath dan Sharahan.
Seramai 29 orang murid2 lelaki dan perempuan dari Sekolah Mela- yu S.M.J.A., Sekolah Perempuan Raja Isteri Fatimah, dan Sultan Omar Ali Saifuddin College telah mengambil bahagian dalam Peraduan Bacha'an Koran.
Pehin Tuan Imam Haji Sa'ad, Mudim Haji Adnan, Awang Omar bin Randah dan Inche' Mohammad Yassin telah menghakimkan peraduan itu,dan hadiah2 tela disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Bendahara.
Awangku Mahmud bin Pengiran Damit, murid Darjah 5A telah menja- di Johan dalam Peraduan terbuka kapada murid2 lelaki Sekolah Melayu S.M.J.A. dan menerima Piala Perak Pusingan yang dihadiahkan oleh Per- satuan Kesatuan Islam, Brunei. Mohamed Kassim bin Abu Bakar telah men- jadi Naib Johan dan diturut oleh Abdul Wahab bin Pehin Udana Khatib, Mohsin bin Bakir, Mustafa bin Chuchu, Metusin bin Haji Serudin, Mohamed Tahir bin Ibrahim dan Mohsin bin Safar.
Arfan bin Mohamed, saorang penuntut dari Sultan Omar Ali Saifud- din College, Bandar Brunei telah memperolehi semula Piala Perak Pusi- ngan yang dihadiahkan oleh Persatuan Kesatuan Islam, Brunei satelah ia berjaya mempertahankan gelarannya sebagai Johan Bacha'an Koran di- antara Penuntut2 Sultan Omar Ali Saifuddin College pada tahun yang ke- dua berturut2. Gelaran yang kedua dimenangi oleh Umar bin Haji Serudin, yang ketiga, Annuar bin Abdul Hamid, dan yang ke-empat, Muhammad bin Haji Serudin.
Dalam bahagian terbuka ka pada murid2 perempuan dari Sekolah Me- layu Raja Isteri Fatimah, pemenang2nya adalah saperti berikut:
1. Rosnah binte Mohamed Sa'id, 2. Dayangku Maisalamah binte Pengi ran damit, 3. Ehsan binte Serudin, 4. Asmah binte Umar, 5. Maimun binte Ahmad dan 6. Rambunai binte Bakar.
Sasudah selesai dilangsongkan peraduan2 tersebut, uchapan2 telah dilafadzkan oleh Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Bendahara, Yang Berhormat Che'gu Pengiran Ali bin Pengiran Haji Mohamed Daud de- ngan sifatnya sebagai Naib Pengurusi, Jawatan Kuasa Sekolah Melayu Pe- kan Brunei dan lain2nya.
Kemudian para hadzirin telah menyampurnakan jamuan teh dan bersu- rai salepas Pehin Tuan Imam Haji Sa'ad membachakan Do'a Selamat.
Peraduan Bahath yang telah dilangsongkan pada malam tersebut, di- bawah tajuk "Bekerja menjadi Police itu adalah lebeh baik baripada men- jadi Kerani" telah dimenangi oleh Awangku Suhaili bin Pengiran Haji Ghani dan rakan2nya dengan memperolehi 39 suara melawan 11 suara.
Pehak Penchadang Peraduan Bahath itu telah terdiri dari Awangku Suhaili, Ali Akbar bin Ibrahim dan Sulaiman bin Chuchu, manakala pehak Pembahath telah diketuai oleh Ibrahim bin Idris dengan mendapat soko- ngan dari Aji bin Nasar dan Abdul Wahab bin Sulaiman.
Yang Berhormat Pengiran Mohamad Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim telah memimpin Majlis itu dan Hakim2nya ialah Che'gu Yahya dari Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jemal-ul-Alam, Inche' Zaini Haji Ahmad dan Inche' Zain Ariff.