Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-15 Julai 1957.pdf/3

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

Bandaran Brunei.

Pejabat Bandaran itu akan menimbangkan pengaduan2 mengenai taksiran chukai pintu itu pada 3 August, 1957.

Sebarang pengaduan hendaklah dibuat sendiri atau pun mene- rusi wakil, atau dengan chara menulis surat kapada Setia Usaha Bandaran sabelum 1 August, 1957.


MA'LUMAT KAPADA ORANG 2 YANG MEMPUNYAI KERETA2

Orang2 ramai yang mempunyai kereta2 yang didaftarkan di- Negeri ini adalah diperingatkan bahawa sakiranya lisen2 mereka hanya dapat digunakan hingga ka 30 June, 1957 maka hendaklah mereka membaharui lisen2 kereta2 mereka' itu dengan saberapa segera.


LAWATAN PAKAR HAL EHWAL PENCHEGAH BATOK KERING DARI AUSTRALIA

Sir Harry Wunderly, bekas Pengarah Bahagian Penchegah Penyakit Batok Kering dari Jabatan Kesehatan, Keraja' an Australia Barat telah tiba diBrunei pada hari Rabu 10 July yang lalu untok mengadakan perundingan2 dengan Pegawai2 Keraja'an dan Pegawai2 dari Jabatan Perubatan disini mengenai perkara mengubati penyakit batok kering dan lain2 penyakit.

Beliau telah ditemani oleh isterinya dan telah berangkat ka Seria pada hari Khamis 11 July dimana beliau telah mengadakan perundingan2 dengan Anggota 2 Jabatan Perubatan disana.

Sir Harry Wunderly telah tiba semula di Bandar Brunei pada hari Sabtu 13 July dan pada hari itu juga beliau telah berangkat dengan kapal terbang ka Jesselton dan ka lain2 tempat di Borneo Utara serta di Negeri Sarawak. Kemudian beliau akan berangkat ka Singapurà dari Kuching dan ka Hongkong untok menjalankan tugas2nya sebagaimana yang dijalankan diNegeri ini.


WAKIL2 BRUNEI KA TEMASHA PERTUNJOKKAN TANAM 2AN DIMALAYA

Lima orang telah mewakili Negeri ini ka tema sha Pertunjokkan Tanam2an dan Pertanian yang telah dilangsongkan di Kuala Lumpur pada awal bulan ini.

Beliau2 itu ialah Pegawai Pertanian Negeri Inche' Hamidoon bin Awang Damit, sebagai Ketua Rombongan, Pehin Bendahari Awang Abdul Rahman, Pengiran Damit bin Pengiran Sunggoh, Inche' Ahmad bin Haji Ismail dan Awang Mohamed Salleh bin Pehin Ratna di-Raja.


PEGAWAI2 YANG MENJAGA PEJABAT 2 TANAH SANEGERI BRUNEI

Adalah diumomkan untok pengetahuan orang2 ramai bahawa Pega- wai2 yang disebutkan dibawah ini telah ditetapkan oleh Pehak Yang Berkuasa untok menjaga, Pejabat2 Tanah Daerah2 Brunei dan Muara, Daerah Belait, Daerah emburong, dan Daerah Tutong.

Pejabat Tanah Brunei dan Muara: Penolong Pegawai Pemungut Hasil2 Tanah (Bahagian Pertadbiran Pejabat) dan Penolong Pegawai Pemungut Hasil2 Tanah (Bahagian Tafsiran Tanah)