Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei-15 Julai 1957.pdf/2

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

UPACHARA PEMBUKAAN BANGUNAN 2 BAHARU SEKOLAH 2 ELAYU OLEH DYMM AL-SULTAN

Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan, Sir Omar Ali Sai- fuddin akan melangsongkan upachara pembukaan resmi 9 buah bangunan2 baharu Sekolah2 Melayu pada bulan ini dan pada bulan hadapan saperti berikut:

Hari Thalatha 16 July: Pukol 10.30 pagi - Sekolah Melayu Berakas dan pada pukol 11.30 pagi - Sekolah Melayu Sungai Hanching.

Hari Khamis 18 July: Pukol 10.30 pagi - Sekolah Melayu Masin dan pada pukol 11.30 pagi - Sekolah Melayu Pangkalan Batu.

Hari Sabtu 20 July; Pukol 12.00 tengah hari - Sekolah Melayu Batu Apoi.

Hari Rabu 24 July: Pukol 10.30 pagi Sekolah Melayu Bunut dan pada pukol 12.00 tengah hari - Sekolah Melayu Birau.

Hari Ithnin 29 July: Pukol 11.00 pagi - Sekolah Melayu Kasa.

Hari Sabtu 3 August - Sekolah Melayu Jerudong.

                     ***************************

WAKIL2 BRUNEI KA TEMASHA SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYA

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menjemput Keraja- an Brunei menghantarkan dua orang wakil2 untok menghadziri ditema- sha istiadat sambutan Hari Kemerdeka'an Malaya yang akan dilangsong- kan di Kuala Lumpur pada akhir bulan hadapan.

Kerajaan Brunei sangatlah sukachita menerima jemputan yang berharga itu dan akan menghantarkan dua orang Wakil2 dari Negeri ini ka temasha yang terma'lum.

Nama 2 Wakil2 itu akar diumomkan sadikit hari lagi.

                   ***************************

PEMERHATI2 KA PERSIDANGAN PERSEKUTUAN PARLIMEN DIMALAYA

Kerajaan Brunei akan menghantarkan dua orang pemerhati2 untok menghadziri ka Persidangan Yang Kelima Persekutuan Parlimen Jajahan Ta'lok British bagi kawasan2 Malaya dan Borneo British yang akan dilangsongkan di Kuala Lumpur mulai dari 29 August ka 3 Septe- mber tahun ini.

Persidangan Persekutuan tersebut pada kali yang ke-empat telah diadakan di Singapora pada tahun yang lalu dan pemerhati2 dari Brunei yang menghadziri persidangan itu ialah Al-merhum Yang Berhor- mat Pengiran Maharaja Leila dan Yang Berhormat Pengiran Kerma Indera.

Nama2 pemerhati2 yang akan menghadziri persidangan itu akan diumomkan tidak berapa lama lagi.

                **************************

TAKSIRAN CHUKAI2 PINTU

Taksiran chukai pintu bagi semua bangunan didalam kawasan Bandaran sekarang bolehlah didapati untok pepereksa'an di Pejabat

Bandaran Brunei....