KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
RANCHANGAN PEMILEHAN WAKIL2 KA MAJLIS2 MASHUARAT DA'ERAH DAN MAJLIS2 MASHUARAT BANDARAN
KERAJAAN NEGERI INI sedang berusaha menjalankan perishtiharan yang telah diumomkan oleh Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan pada awal tahun ini berkena'an perkara mengenai penubohan Majlis Mashuarat Da'erah dan Majlis Mashuarat Luar Bandar yang akan mulai berjalan kuat kuasanya pada bulan January tahun hadapan.
Akan diingatkan bahawa Majlis Mashuarat Penasehat Da'erah yang dahulu telah ditukarkan gelarannya sebagai Majlis Mashuarat Da'erah mulai dari bulan March tahun ini, dan tiap2 da'erah itu telah dibahagikan kapada beberapa buah da'erah yang kechil.
Menurut kapada Perishtiharan Duli Yang Maha Mulia berkena'- an hal tersebut, upachara pemilehan wakil2 dari da'erah2 yang kechil itu ka Majlis2 Mashuarat Da'erah akan di-jalankan sabelum akhir tahun ini dengan mengikut kapada chara2 'adat istiadat turun temurun negeri ini. Maka dengan hal itu dapat-lah Majlis2 Mashuarat Da'erah menjalankan tugas2nya sebagaimana yang telah dijadualkan.
Dibawah ranchangan2 yang baharu, Majlis2 Mashuarat Da'erah dan Majlis Mashuarat Luar Bandar serta juga Ahli2 Majlis Mashuarat itu akan diberi kuasa yang lebeh banyak lagi dan memikul tanggang2 jawab yang benar.
Kechuali Lembaga Majlis Mashuarat Luar Bandar, lain2 Majlis Mashuarat Da'erah2 Luar Bandar dan Pendalaman Luar Bandar akan me- ngandongi 50% daripada ahli2 yang resmi yang dilantek oleh Keraja- 'an, dan 50% daripada ahli2 yang tidak resmi yang dipileh oleh orang2 ramai sendiri.
Selain daripada ahli2 tersebut, pehak Keraja'an akan melan- tek sa orang pengurusi untok tiap2 buah Majlis Mashuarat. Pengu- rusi itu tidaklah akan mengundi dalam persidangan Majlis Mashuarat kechuali pada masa undi pengurusi itu dikehandaki bagi menentukan ke'ada'an sasuatu keputusan yang muktamad.
Oleh kerana upachara pemilehan wakil2 ka Majlis2 Mashuarat Da'erah dan Luar Bandar dengan mengikut kapada chara2 'adat isti- 'adat turun temurun akan dilangsongkan kira2 pada bulan October akan datang, maka pehak Keraja'an Negeri ini akan menjalankan ran- changan2 bagi membahagikan beberapa buah da'erah itu ka beberapa buah kawasan supaya dapatlah dilantek saorang ahli daripada tiap2 buah kawasan itu dan juga dipileh saorang ahli daripada tiap2 buah kawasan itu juga.
Selanjutnya semua Penulong2 Resident, Pegawai2 Da'erah dan Pegawai2 Penerangan akan mengadakan satu mashuarat dengan yang Ber- hormat Tuan British Resident sadikit hari lagi bagi membinchang- kan pekerja'an2 yang akan dijalankan mengenai pemilehan wakil2 tersebut dan haruslah tempat2 membuang undi akan dijalankan di- sekolah2.
*************************