Pergi ke kandungan

Laman:Kesah pelajaran Abdoellah.pdf/115

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
111

Pinang ini pinang djoendjoengan
Tampaknja dari balik telaga
Main ini main seloewangan
Boemi bertepok langit berlaga.

Tijoeman poelau jang ketjik
Kera meloempat di tengahnja
Matilah koeman kena pelentik
Sekalijan alam limpah darahnja.

Terang boelan di moeka pintoe
Tjahajanja sampai ka bilik ketjik
Berhimpoenlah batin sambilan soekoe
Melihatken koeman kena pelentik.

Lebat soenggoeh padi sahaja
Kajoe temboeng dari pangkalan
Hairan sekali di hati sahaja
Boeroeng terbang disambar ikan .

Hilir dari Kampar besar
Petik daoen ambai-ambaija
Boenga dilit oelar jang besar
Bagaimanakah boleh mengambil dija.

Katoetoeh sebatang pinang
Ditimpa oleh sebatang padi
Ditembak dengan peloeroe toenang
Serta ditembak oelarpon mati.