Pergi ke kandungan

Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/37

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanun Tatacara Jenayah
37
(d) menyiasat aduan tentang kesalahan dan menyaman dan memeriksa saksi-saksi mengenai kesalahan itu dan menyaman dan memberkas dan mengeluarkan waran bagi pemberkasan penjenayah dan pesalah, dan memperlakukan mereka mengikut undang-undang;
(e) mengeluarkan waran untuk menggeledah atau menyebabkan digeledah tempat yang di dalamnya dikatakan ada disimpan atau disembunyikan apa-apa barang curi atau apa-apa barang, artikel atau benda yang dengannya atau berkenaan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan, dan menghendaki supaya orang memberikan jaminan bagi menjaga keamanan atau bagi jaminan kelakuan baik mereka mengikut undang-undang;
(f) mengadakan siasatan kematian; dan
(g) melakukan segala perkara dan benda lain yang seseorang Majistret diberikan kuasa untuk melakukannya oleh manamana undang-undang bertulis.

10. (Dipotong oleh Akta A1274).

Bahagian III
PERUNTUKAN AM
Bab III
BANTUAN DAN MAKLUMAT KEPADA MAJISTRET DAN POLIS DAN ORANG YANG MEMBUAT PENANGKAPAN

Bila orang awam kena membantu Majistret, Jaksa Pendamai dan polis

11. Tiap-tiap orang terikat untuk seseorang Majistret, Jaksa Pendamai, pegawai polis atau penghulu yang semunasabahnya menuntut bantuannya—