Pergi ke kandungan

Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/35

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Kanun Tatacara Jenayah
35

nyata oleh mana-mana undang-undang bertulis lain bahawa kesalahan itu merupakan kesalahan boleh tangkap.

Perbicaraan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan undang-undang lain

3. Semua kesalahan di bawah Kanun Keseksaan hendaklah disiasat dan dibicarakan mengikut peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini, dan semua kesalahan di bawah mana-mana undang-undang lain hendaklah disiasat dan dibicarakan mengikut peruntukan yang sama: tertakluk bagaimanapun kepada mana-mana undangundang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang mengawal selia cara atau tempat siasatan atau perbicaraan kesalahan itu.

Kecualian kuasa Mahkamah Tinggi

4. Tiada apa-apa jua dalam Kanun ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan kuasa atau bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bila undang-undang England boleh dipakai

5. Berkenaan dengan perkara tatacara jenayah yang baginya tiada peruntukan khas dibuat oleh Kanun ini atau oleh mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa, undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa di England hendaklah dipakai setakat yang undang-undang itu tidak bercanggah atau yang selaras dengan Kanun ini dan boleh dijadikan tambahan kepadanya.