Pergi ke kandungan

Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/34

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 593


“barang pos” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepada ungkapan itu oleh [1]Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465];

“Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau manamana Penolong Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi;

“kesalahan boleh tangkap” ertinya kesalahan yang baginya, dan “kes boleh tangkap” ertinya kes yang berkenaan dengannya seseorang pegawai polis boleh biasanya menangkap tanpa waran mengikut ruang ketiga Jadual Pertama;

“kes saman” ertinya kes yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan dan yang bukannya kes waran;

“kes waran” ertinya kes yang berhubungan dengan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi enam bulan;

“pesalah muda” ertinya seseorang yang disabitkan atas kesalahan yang boleh dihukum dengan denda atau pemenjaraan yang berumur lapan belas tahun atau lebih dan di bawah umur dua puluh satu tahun.

(2) Perkataan yang merujuk kepada perbuatan yang dilakukan meliputi juga peninggalan yang menyalahi undang-undang.

(3) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Kanun ini dan yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] atau Akta Polis 1967, dan yang tidak ditakrifkan terdahulu daripada ini hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Kanun itu atau Akta itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4) Nota bahu Kanun ini tidak boleh menyentuh pentafsirannya.

(5) Walau apa pun takrif “kesalahan boleh tangkap” dalam subseksyen (1), sesuatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan merupakan kesalahan boleh tangkap jika ia diperuntukkan dengan

  1. CATATAN—Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Pos 2012 [Akta 741]—lihat subseksyen 110(1) Akta 741.