Pergi ke kandungan

Laman:Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593, terjemahan).pdf/32

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 593


“komunikasi” ertinya suatu komunikasi yang diterima atau dihantar melalui pos atau suatu komunikasi telegraf, komunikasi telefon atau komunikasi lain yang diterima atau dihantar melalui cara elektrik, magnetik atau cara lain;

“pemberi perkhidmatan komunikasi” ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan bagi penghantaran atau penerimaan komunikasi;

“aduan” ertinya pengataan yang dibuat secara lisan atau bertulis kepada Majistret dengan tujuan supaya tindakan diambil oleh Majistret itu di bawah Kanun inibahawa seseorang, sama ada yang dikenali atau tidak dikenali telah melakukan atau bersalah atas sesuatu kesalahan;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, atau Mahkamah Majistret daripada mana-mana kelas, sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;

“pegawai diplomatik” ertinya Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri, Charge d’Affaires, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha dan Atase sesuatu Perwakilan Diplomatik Malaysia, termasuk Suruhanjaya Tinggi mengikut pengertian Akta Pegawai-Pegawai Diplomat dan Konsul (Sumpah dan Fi) 1959 [Akta 348];

“denda” termasuklah apa-apa denda, penalti wang atau pelucuthakan atau pampasan yang dihukumkan oleh mana-mana Mahkamah di Malaysia atas apa-apa sabitan bagi apa-apa jenayah atau kesalahan atau bagi pelanggaran mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa;

“Hospital Kerajaan” termasuklah Hospital Universiti, Universiti Malaya;

“Pegawai Perubatan Kerajaan” atau “Pegawai Perubatan” termasuklah pengamal perubatan yang telah diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia secara bertulis di bawah seksyen 34c Akta Perubatan 1971 [Akta 50] untuk melaksanakan fungsi yang dinyatakan dalam seksyen itu;