Pergi ke kandungan

Laman:Kaedah-Kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 (P.U. (A) 50 2025).pdf/8

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

P.U. (A) 50

mengeluarkan kawasan tanah yang dicadangkan itu daripada hutan simpanan kekal atau tidak.

(2) Selepas pendengaran siasatan awam di bawah kaedah 10K selesai, Jawatankuasa hendaklah dalam masa tiga puluh hari bekerja menyediakan suatu laporan siasatan awam berserta dengan syor oleh Jawatankuasa dan hendaklah mengemukakan laporan itu kepada Menteri untuk suatu keputusan sama ada untuk mengeluarkan kawasan tanah yang dicadangkan itu daripada hutan simpanan kekal atau tidak.
(3) Laporan di bawah subkaedah (1) dan (2) hendaklah termasuk ulasan yang diterima daripada kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan pihak lain yang berkaitan di bawah subkaedah 10B(3).
Keputusan Menteri
10M. (1) Setelah menerima laporan dan syor daripada Jawatankuasa, Menteri boleh—
(a) meluluskan cadangan untuk mengeluarkan kawasan tanah daripada hutan simpanan kekal dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Menteri; atau
(b) menolak cadangan itu dan menyatakan alasan penolakan.
(2) Selepas keputusan dibuat di bawah perenggan (1)(a), Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan hendaklah—
(a) menghantar suatu salinan kelulusan berserta dengan pelan kawasan yang menunjukkan sempadan luar kawasan tanah yang akan dikeluarkan daripada hutan simpanan kekal kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan bagi maksud menyediakan pemberitahuan dalam Warta menurut seksyen 13 Akta; dan

8