Laman ini telah dibaca pruf
P.U. (A) 50
- (2) Notis pendengaran siasatan awam di bawah subkaedah (1) hendaklah mengandungi maklumat seperti yang berikut:
- (a) fakta bahawa pendengaran siasatan awam akan dijalankan bagi kawasan tanah yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada hutan simpanan kekal;
- (b) masa dan tempat pendengaran siasatan awam akan dijalankan; dan
- (c) kehendak yang menghendaki orang yang membantah pengeluaran kawasan tanah yang dicadangkan daripada hutan simpanan kekal supaya hadir pendengaran siasatan awam.
- Pendengaran siasatan awam
- 10K. (1) Jawatankuasa hendaklah memberikan mana-mana orang yang telah mengemukakan bantahan bertulis di bawah kaedah 10F peluang untuk didengar semasa pendengaran siasatan awam, sama ada secara sendiri atau melalui wakilnya, dan mengemukakan apa-apa keterangan, sama ada lisan atau melalui dokumen.
- (2) Jawatankuasa boleh, jika difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, menangguhkan pendengaran siasatan awam.
- Laporan siasatan awam
- 10L. (1) Jika tiada bantahan bertulis diterima di bawah kaedah 10F, Jawatankuasa hendaklah, dalam masa tiga puluh hari bekerja selepas tamat tempoh pengemukaan laporan awal di bawah kaedah 10H atau selepas laporan awal diterima oleh Jawatankuasa, yang mana lebih awal, mengemukakan laporan siasatan awam yang mengandungi kawasan tanah yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada suatu hutan simpanan kekal berserta dengan syor oleh Jawatankuasa kepada Menteri untuk suatu keputusan sama ada untuk
7