Pergi ke kandungan

Laman:Kaedah-Kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 (P.U. (A) 50 2025).pdf/6

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

P.U. (A) 50


Bantahan terhadap cadangan untuk mengeluarkan tanah daripada hutan simpanan kekal
10F. (1) Mana-mana orang yang terjejas dengan cadangan untuk mengeluarkan kawasan tanah daripada suatu hutan simpanan kekal boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan dalam masa tiga puluh hari bekerja dari tarikh penyiaran notis siasatan awam di bawah kaedah 10E.
(2) Bantahan bertulis di bawah subkaedah (1) hendaklah dibuat dalam Borang G sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Penyampaian bantahan bertulis
10G. Bantahan bertulis yang dibuat dalam Borang G hendaklah disampaikan kepada Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan sama ada melalui penyampaian kediri, melalui pos berdaftar, atau melalui komunikasi elektronik.
Laporan awal mengenai bantahan bertulis
10H. Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan hendaklah menyediakan suatu laporan awal yang menyatakan apa-apa bantahan bertulis yang telah dikemukakan di bawah kaedah 10F dalam masa tiga puluh hari bekerja selepas tamat tempoh pengemukaan bantahan bertulis di bawah subkaedah 10F(1) dan hendaklah mengemukakan laporan awal itu kepada Jawatankuasa.
Penjalanan pendengaran siasatan awam
10I. Jawatankuasa hendaklah menjalankan pendengaran siasatan awam dalam masa tiga puluh hari bekerja selepas tamat tempoh pengemukaan laporan awal mengenai bantahan bertulis di bawah kaedah 10H.
Notis pendengaran siasatan awam
10J. (1) Sebelum pendengaran siasatan awam, Jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya suatu notis pendengaran siasatan awam disampaikan kepada orang yang telah mengemukakan bantahan bertulis di bawah kaedah 10F.

6