Pergi ke kandungan

Laman:Kaedah-Kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 (P.U. (A) 50 2025).pdf/5

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

P.U. (A) 50


Publisiti siasatan awam
10D. (1) Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan hendaklah membuat publisiti mengenai niat untuk mengeluarkan kawasan tanah daripada suatu hutan simpanan kekal dengan apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya sesuai tidak kurang daripada tujuh hari bekerja sebelum suatu notis siasatan awam disiarkan mengikut kaedah 10E.
(2) Publisiti di bawah subkaedah (1) hendaklah mengandungi maklumat seperti yang berikut:
(a) tujuan mengeluarkan kawasan tanah itu daripada hutan simpanan kekal; dan
(b) tarikh notis siasatan awam itu akan disiarkan.
Penyiaran notis siasatan awam
10E. (1) Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan hendaklah menyiarkan suatu notis siasatan awam untuk memaklumkan orang awam berkenaan dengan kawasan tanah yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada suatu hutan simpanan kekal—
(a) dalam sekurang-kurangnya dua surat khabar tempatan, satu daripadanya hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan; atau
(b) dalam apa-apa medium lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan dalam bahasa kebangsaan.
(2) Notis siasatan awam hendaklah dibuat dalam Borang F sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

5