Pergi ke kandungan

Laman:Kaedah-Kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 (P.U. (A) 50 2025).pdf/3

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

P.U. (A) 50

Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik oleh Menteri menurut seksyen 3 Akta;

“pernyataan mengenai pengeluaran kawasan tanah yang dicadangkan” ertinya suatu pernyataan bertulis yang mengandungi butir-butir berkenaan dengan kawasan tanah yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada suatu hutan simpanan kekal;’.

Penggantian kaedah 10

3. Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 10 dengan kaedah yang berikut:

Siasatan awam bagi pengeluaran tanah daripada hutan simpanan kekal
10. (1) Menurut seksyen 11 Akta, mana-mana kawasan tanah daripada suatu hutan simpanan kekal boleh dikeluarkan daripada hutan simpanan kekal itu tertakluk kepada suatu siasatan awam yang dijalankan sebelum pengeluaran itu.
(2) Siasatan awam di bawah subkaedah (1) hendaklah dijalankan oleh suatu jawatankuasa yang terdiri daripada anggota yang dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Persekutuan yang hendaklah termasuk sekurang-kurangnya seorang wakil daripada Wilayah Persekutuan di mana kawasan tanah yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada hutan simpanan kekal itu terletak.”.

Kaedah baharu 10A, 10B, 10C, 10D, 10E, 10F, 10G, 10H, 10I, 10J, 10K, 10L dan 10M

4. Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah 10 kaedah yang berikut:

Siasatan awam adalah terbuka dan umum
10A. Suatu siasatan awam hendaklah terbuka kepada orang awam yang terjejas dengan cadangan untuk mengeluarkan kawasan tanah daripada suatu hutan simpanan kekal.

3