Pergi ke kandungan

Laman:Kaedah-Kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025 (P.U. (A) 50 2025).pdf/2

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

P.U. (A) 50

AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984

KAEDAH-KAEDAH PERHUTANAN NEGARA (WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2025

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 111 Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Jadual Kelima Akta, Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Ubah Suaian Akta Perhutanan Negara 1984) 2017 [P.U. (A) 450/2017] dan Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Ubah Suaian Akta Perhutanan Negara 1984) 2017 [P.U. (A) 451/2017], Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2025.

(2) Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.

Pindaan kaedah 2

2. Kaedah-Kaedah Perhutanan Negara (Wilayah Persekutuan) 2019 [P.U. (A) 180/2019], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 2—

(a) dengan memasukkan sebelum takrif “Pengarah Tanah dan Galian” takrif yang berikut:
‘ “Jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang menjalankan siasatan awam di bawah kaedah 10;’; dan
(b) dengan memasukkan selepas takrif “perakuan pembersihan hutan” takrif yang berikut:
‘ “Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan” ertinya Pengarah Perhutanan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

2