Laman ini telah dibaca pruf
20
jalan, malainkan di-kampung China itu sahaja yang bulih bŭr-jalan, ada kira kira lima puloh dŭpa. Tatapi ada-lah tanah Pahang itu sahaya lihat tarlalu sayang hati, sŭbab tŭr-buang dŭngan mŭn-jadi hutan rimba, sŭbab malas dan lalei orang dalam nŭgri itu. Maka sakalian banih dan puhun, jika di-tanam-nya, naschaya mŭn-jadi, sŭbab sahaya lihat sagala puhun puhun samoa-nya subur subur balaka. Maka ada-lah sahaya lihat orang orang-nya, dalam sa’ratus barangkali sa’puloh sahaja yang ada bŭ-kŭrja, dan yang lain itu lalei sahaja, sa-panjang hari, dalam hal miskin dan jahat. Malainkan, adalah pada sa’orang ampat lima janis sinjata santiasa bari tiada bŭr-charei deripada tubuh-nya ; dan ada yang sa’tŭngah tabiat marika itu handak bŭr-chantik sahaja, mŭm-akei kain baju dan saluar yang bagus bagus, tatapi tiada iya maha mŭn-chari jalan ka-hidup-an-nya. Maka ada-lah sagala marika itu, apa bila mŭ-lihat sahaya sakalian datang, masing masing bŭr-kampung datang mŭ-lihat, sapŭrti suatu ajaib yang tiada pŭrnah di-lihat-nya dahulu. Maka ada-lah sahaya lihat di-antara marika ita ka-banyak-an orang yang makan madat, sŭrta dŭngan kurus dan puchat-nya.
Shahadan lagi, ada-lah rumah rumah tampat diam marika ita samoa-nya rumah atap, ada yang kachil, ada yang basar ; samoa-nya rumah itu diatas darat ; maka tarlalu banyak samak samak pada kuliling rumah-nya, lagi tiada dungan pŭr-ator-an rumah rumah-nya ; sa’buah disini, dan sa’buah disana ; ada yang dalam hutan, ada yang di-pantei ; ada yang bŭr-pagar, ada yang tiada ; masing masing dŭngan suka-nya ; damkian-lah sa-panjang sungei itu, sa’tompok di- sini, sa’tompok disana ; dan lagi, tarlalu banyak kotor dibawah rumah-nya, maka tiap tiap rumah itu adalah limbahan dibawah-nya, dan sampah bŭr-timbun timbun, sŭrta masuk maka panuh-lah bahu busuk itu ka-dalam hidung ; dan yang ada samak samak, dan yang ada sa’hari hari di-bubuh-nya asap deri-bawah rumah-nya mŭng-asap nyamok. Maka apa bila sahaya masuk ka-dalam rumah itu, lamas-lah nafas, dan bŭr-ayar-lah mata sŭrta dŭngan padih-nya ; dan sagala pakei-an marika ita samoa-nya hahis hitam, dan tiada ka-lihat-an mata kain itu, ada-nya.
Shahadan sahaya lihat sapŭrti tanam tanam-an marika itu yang tŭr-banyak ka-lihat-an nyior dan pinang ; tatapi, pada masa sahaya disana, dilapan buah nyior sa’ringgit, ada-nya ; dan lagi, ada juga sayur sayur sadikit sadikit, sapurti kaladi, dan ubi, dan kaledek, dan tabu, pisang, tatapi sakalian itu datang deri hulu nŭgri.