Laman ini telah dibaca pruf
16
utara. Maka pada malam itu bŭr-muafakat-lah sahaya sakalian bŭr-sama sama, sŭbab angin tarlalu kras ; bagimana akal kita ? Maka kata Baba Ko An : “Mari-lah kita kambali ka-Salat.” Maka jawab sagala anak anak prahu : “Sahaya samoa-nya tiada mahu ; biar-lah mati dalam laut ini ; kŭrna chuma chuma-kah lŭlah sahaya samoa-nya lima anam hari ini ? kalau balik, barangkali Baba Bun Tyung tiada mŭm-bayar upah-nya.” Maka deri sŭbab lalurat, muafakat sahaya yang bŭr-tiga, sambil bŭr-kata kapada orang orang prahu itu : “Jangan inchi inchi takut ; jikalau tiada Baba Bun Tyung mŭm-bayar upah, sahaya yang bŭr-tiga nanti bayar lima blas ringgit.” Kŭmdian muafakat-lah marika itu sama sindiri-nya, maka jawab-nya : “Nanti-lah, kita lihat angin ini sampei esuk, bulih kita balik.” Maka tŭntu-lah sudah muafakat itu. Maka bŭr-labuh-lah pada malam itu di-Tanjung Gajah.
Sŭtalah pagi pagi, maka mŭnyabrang-lah ka-Pulau Ba´bi Kachi´ handak mung-ambil ayar, maka dapat-lah sa’buah sampan tambang buruk anyut, maka naik-lah pŭrgi mung-ambil ayar sŭrta mandi. Sŭtalah itu, maka turun-lah ka-prahu bŭr-muafakat, sabŭntar handak balik, dan sabŭntar tiada mahu balik ; kŭmdian maka bŭr-sumpah-lah bŭr-tiga tiga handak juga balik. Maka di-bongkar-lah sauh lalu bŭr-layar, ada-lah kira kira sa’puloh dŭpa jauh-nya, maka kata sa’orang : “Baik juga lalu kita.” Maka kata Baba Ko An : “Kalau bagini, pŭsti-lah kita mati, handak sarah-kan jiwa kapada Lanun ; gua tiada mahu pŭrgi. Sŭbab di’orang takut nanti hilang dilapan puloh ringgit, iya mahu bilang jiwa-nya.” Maka dŭngan damkian sabŭntar itu juga tŭntu-lah samoa-nya orang handak lalu juga. Maka bŭr-layar-lah bŭr-pal pal dŭngan angin utara kŭnchang, dan umbak-nya-pun terlalu basar, maka tali tali parkakas prahu-pun banyak-lah putus putus.
Maka bur-layar-lah juga sa’malam malam-an itu, maka pada pagi hari di-bri Allah sampei-lah ka-laut Babar´, maka umbak-nya tiada dapat tŭr-kira kira, lalu bŭr-lahuh-lah di-laut Tanjung Ba´tu, sŭbab mŭ-nanti-kan ayar surut, kŭrna ayar tarlalu dras, hingga sampei-lah patang, pukul tŭngah anam, maka di-bongkar-lah sauh lalu bŭr-layar. Maka turun-lah ribut tunggara tarlalu basar sŭrta umbak-nya, maka sabŭntar itu juga putus-lah basi tamberang ; malainkan Allah juga yang amat mŭng-tahu-i susah-nya pada masa itu, kŭrna prahu bŭr-pusing pusing di-hŭmpas-kan umbak dŭngan angin kras ; dan lagi, makan-an samoa-nya sudah habis, maka tiada-lah makan pada