Pergi ke kandungan

Laman:Bahwa ini kesah pu-Layar-an Abdullah, Ben Ab̨dulkadir, Munshi Deri Singapura Ka-Kalantan.pdf/18

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

12

orang-pun mŭm-bawa kaya chagak, sŭrta batang dayang, dan ayar, maka turun-lah ka-prahu lalu bŭr-layar; tatapi, Baba Ko An, deripada kutika itu, sŭbab mŭn-ŭngar khabar parumpak, maka bŭr-ubah-lah wŭrna muka-nya. Maka sahaya bŭr-tanya: "Mangapa, baba, sabaya lihat bŭr-ubah muka?" Maka jawab-nya: "Sahaya ada mabuk." Kŭmdian bŭr-layar-lah bŭr-anyut anyut, sŭbab tiada angin. Maka sampei-lah ka-sungei Ring´it, maka ka-lihat-an-lah sa'buah prahu bŭr-layar-lah deri tŭpi, maka di-parggil-lah lalu iya datang; ada bŭr-muat ayam, dan orang-nya ampat laki laki, dan sa'orang parampuan tuah, dan sa'orang kanak kanak. Maka parampuan tuah itu sahaya kanal dahulu iya tinggal di-rumah Tuan Tạm´sen. Maka sahaya bŭr-tanya kapada-nya: "Ada-kah mak bŭr-tamu dŭngan kechi prang, atau prahu payar? Ini prahu derimana?" Maka jawab-nya: "Sabaya datang deri Sadi´li, handak ka-Takong´ mŭn-dapatkan Raja Prang. Maka prahu payar dan kechi prarg ada di-Tanjung Pung´gei; dan lagi, ada ampat puloh prahu parumpak La´nun di-kwala Pahang, dan prahu-nya panjang panjang tujuh, dan lebar-nya ampat dŭpa, sa'blah sa'blah prahu-nya dilapan mŭriam-nya. Maka datuk bandhara Pahang handak bŭr-angkat ka-Da´yik; ada lima puloh buah prahu-nya, maka samoa-nya mudik kambali, sŭbab takut akan Lanun itu ada di-kwala." Maka apa bila di-durgar ulih Baba Ko An khabar orang itu, tiga bhagi jiwa-nya sudah hilang, maka puchat-lah muka-nya. Maka sagala orang dalam prahu-pun tartawa-lah sŭbab mŭ-lihat ka-laku-an-nya itu tiada iya mahu bŭr-kata kata kapada sa'orang-pun, malainkan diam-lah sahaja.
Hata maka bŭr-layar-lah deri-situ hingga sampei ka-Tanjung Rum´niya, maka angin salah, lalu bŭr-labuh-lah disitu. Maka kapada malam itu bŭr-dakat-lah kadua buah prahu itu, maka kata Baba Ko An: "Mari-lah kita muafakat bŭr-tiga kapada tuah tuah prahu itu.” Maka jawab sabaya yang bŭr-dua: "Apa fakat itu?" Maka jawab-nya: "Ada sa'orang orang tuah, juro-mudi Wạtar Wich, iya konun pandei mŭn-ilik; kita suruh lihat banar-kah khabar orang itu." Maka kata sahaya: "Baba punya suka." Maka būr-kampung-lah samoa-nya bŭr-tanya, maka diam-lah iya sabŭntar; kŭmdian, maka kata-nya: "Khabar ita sa-sungguh-nya; bukan-nya dusta; kŭrna hitam manis orang yang mŭm-bawa khabar itu." Maka yakin-lah Baba Ko An akan khabar dusta itu, maka sa-bŭntar sabŭntar iya bŭr-surgut kapada sahaya yang bŭr-dua, kata-