Pergi ke kandungan

Laman:Bahwa ini kesah pu-Layar-an Abdullah, Ben Ab̨dulkadir, Munshi Deri Singapura Ka-Kalantan.pdf/16

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf

10

‎Kalakian sŭtalah sahaya mŭn-arima parentah itu, maka sahaya pun kambali-lah bŭr-kamas kamas pati dan tikar bantal sahaya sakalian-nya, di-masuk-kan dalam prahu. Maka ada-lah pukul dua blas malam, iya-itu kapada tarikh 1253 tahun, kapada sa’hari bulan Muha´ram, kapada malam Ar´ba, iya-itu kapada 27 hari bulan March, tahun Masi´hi sanat 1838, maka bahwa dewasa itu-lah sahaya kaluar deri Singapu´ra dalam skochi Tuan Skạt, yang bŭr-nama Meg´i Lan´dar, bŭr-sama sama dŭngan skochi Tuan Bau´sted yang bŭr-nama Wạ´tar Wich. Maka bŭr-layar-lah kaluar deri Singapu´ra ; sŭtalah sampei ka-Tanah Me´rah, maka turun-lah ribut timor,maka labuh-lah disitu.
‎Maka pada pagi pagi hari Ar´ba, pukul anam, lalu bŭr-layar-lah dŭngan angin utara barat laut, maka sampei-lah antara Takong´ dŭngan Marbu´kit, maka bŭr-tamu-lah dŭngan sa’buah prahu pŭ-rahi ikan, maka di-panggil lalu datang-lah diya, maka di-bili-lah ikan-nya, ada rapang lima blas ekur, dan budang sadikit, dan anak anak ikan sadikit, di-bili dŭngan harga satu rupia tiga duit, dan di-bri-lah nasi sadikit, dan bras kira kira sa’gantang. Kŭmdian, ada kira kira pukul ampat patang, sampei-lah ka-Pangarang´, lalu singgah-lah disitu, sŭbab handak mŭng-ambil kayu chagak dan batang dayung, dan mŭm-bili kajang, surta mŭng-ambil ayar. Maka turun-lah sahaya sakalian disitu, sa’paru orang pŭrgi mŭm-otung kayu, dan sa’paru orang pŭrgi mandi ka-dalam hutan. Maka bŭr-tamu-lah sahaya dŭngan Baba Ching Ke, anak Inchi Eng, dan saudara Baba Cheng Hei, dalam hutan, dŭngan ampat lima China bŭr-sama sama mŭm-otung kayu kamudi wangkang. Maka sŭtalah bŭr-tamu, maka kata-nya : "Hei ya Allah! Inchi Abdullah, deri tadi pagi sampei patang ini, sa-lalu sahaja bur-bunyi mŭriam di-sa’balah Panyu´suk ; kŭmdian, bŭr-bunyi-lah pula snapang tarlalu banyak ; antah di-kapal prang, atau parumpak, tiada-lah sahaya tahu, ada-nya. Ingat, ingat, kŭrna ini musim Lanun." Maka jawab sahaya : "Adat-lah itu, ada ayar, ada ikan ; ada padang, ada bilalang ; ada laut, ada-lah parumpak." Maka apa bila di-lihat-nya sahaya tiada indah-kan pŭr-kata-an-nya itu, maka diam-lah iya, tiada mahu bŭr-khabar lagi.
‎Shahadan ada-lah di-Pangarang´ itu sahaya lihat sa’puloh dua blas pondok pondok orang laut mŭm-buat balat diam di-situ ; kŭmdian, di-pinta-lah bhagi sa’bidang kajang, harga-nya tujuh wang, dan mŭm-bayar sewa prahu pŭn-ambang ampat wang, maka