Penubuhan jawatankuasa Taman Negara
7. (1) Suatu jawatankuasa hendaklah ditubuhkan oleh Menteri bagi tiap-tiap satu Taman Negara yang terdiri daripada ahli-ahli yang berikut—
- (a) Setiausaha Kerajaan Negeri bagi tiap-tiap satu Negeri di mana Taman Negara itu terletak;
- (aa) Pengarah Tanah dan Galian tiap-tiap Negeri di mana terdapat suatu Taman Negara atau sebahagian daripadanya;
- (b) seorang wakil dari tiap-tiap satu jabatan Kerajaan Persekutuan dan selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri, Kerajaan Negeri sebagaimana yang Menteri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri fikirkan perlu diwakili; dan
- (c) lain-lain orang yang tidak melebihi tiga orang jumlahnya sebagaimana yang dilantik oleh Menteri dan subseksyen 5(2) hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi sesuatu perlantikan di bawah perenggan ini.
(2) Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu, tetapi jika sesuatu Taman Negara terletak dalam kawasan dua Negeri atau lebih, Setiausaha Kerajaan Negeri bagi Negeri yang berkenaan itu hendaklah menjadi pengerusi secara bergilir dan, tertakluk kepada peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 11, jawatankuasa itu hendaklah memutuskan tatacaranya di mesyuaratnya.
(3) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah bertanggungjawab bagi pemeliharaan, penggunaan, penjagaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan Taman Negara yang baginya ia ditubuhkan dan,