Pergi ke kandungan

Laman:Akta Taman Negara 1980 (Akta 226).pdf/8

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 226


(c) Ketua Pengarah;
(d) seorang wakil Perbendaharaan;
(e) seorang wakil Bahagian Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri;
(f) seorang wakil Perbadanan Kemajuan Pelancongan;
(g) seorang wakil Jabatan Perhutanan; dan
(h) tidak lebih dari enam orang lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(2) Seseorang ahli yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) atau (h) hendaklah memegang jawatan selama sesuatu tempoh masa sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri dan Menteri boleh pada bila-bila masa memecatnya dari jawatan tanpa memberi apa-apa sebab baginya.

Fungsi Majlis Penasihat Taman Negara

6. (1) Majlis Penasihat Taman Negara hendaklah memberi nasihat kepada Menteri mengenai perkara yang berhubung dengan pemeliharaan, penggunaan, penjagaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan Taman Negara dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dirujuk kepadanya dari semasa ke semasa oleh Menteri.

(2) Tertakluk kepada peraturan yang dibuat di bawah seksyen 11, Majlis hendaklah memutuskan tatacaranya di mesyuaratnya.