Pergi ke kandungan

Laman:Akta Taman Negara 1980 (Akta 226).pdf/7

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Taman Negara
7


(a) memperihalkan tanah rizab itu;
(b) menetapkan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa mengawal tanah yang dirizabkan sedemikian itu;
(c) menjadi keterangan muktamad bahawa tanah yang diperihalkan sedemikian itu adalah dirizabkan bagi maksud Akta ini.

Tujuan penubuhan Taman Negara

4. Tujuan penubuhan Taman Negara ialah untuk memelihara dan melindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kaji bumi, kaji purba, sejarah dan etnologi dan kepentingan lain dari segi sains dan pemandangan, dan melalui pemerliharaan dan penggunaannya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.

Majlis Penasihat Taman Negara

5. (1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Penasihat Taman Negara yang hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut−

(a) seorang pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(aa) Setiausaha Kerajaan Negeri tiap-tiap Negeri di mana terdapat suatu Taman Negara atau sebahagian daripadanya;
(b) tiga orang wakil yang dinamakan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari tiap-tiap satu Negeri dalam mana terdapat suatu Taman Negara atau sebahagian darinya;