Laman ini telah dibaca pruf
Taman Negara
15
- (j) perlindungan, pemeliharaan dan penjagaan terhadap sesuatu Taman Negara dan terhadap kerja kekal dan kerja penyelenggaraan dan terhadap kemudahan dan ameniti dan terhadap hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan dan ciri-ciri yang mempunyai kepentingan dari segi pemandangan, sains dan sejarah di dalamnya;
- (k) kawalan terhadap lalu-lintas dan pengangkutan penumpang dalam kawasan sesuatu Taman Negara;
- (l) penyitaan dan pelupusan apa-apa kereta, vessel, binatang atau lain-lain barang atau benda yang berkenaan dengannya berlaku pelanggaran terhadap mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
- (m) penalti berkenaan dengan pelanggaran mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
- (n) pembinaan dan penyelenggaraan hotel, rumah rehat, rumah kediaman, bangunan dan kerja kegunaan awam;
- (o) kuasa dan tugas pegawai berhubung dengan penjalanan peruntukan Akta ini dan peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
- (p) tatacara yang akan dipakai oleh Majlis Penasihat Taman Negara dan jawatankuasa Taman Negara di mesyuarat mereka dan saraan atau elaun yang kena dibayar kepada ahli-ahlinya;
- (q) apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh Menteri bagi pengawalan dan pengurusan yang baik sesuatu Taman Negara atau bagi mencapai tujuan ia ditubuhkan.