Pergi ke kandungan

Laman:Akta Taman Negara 1980 (Akta 226).pdf/14

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
14
Undang-Undang Malaysia
AKTA 226


(c) larangan terhadap binatang yang ditetapkan daripada dibawa masuk ke dalam atau terus berada dalam kawasan sesuatu Taman Negara;
(d) pembakaran dan penebangan tumbuh-tumbuhan dalam kawasan sesuatu Taman Negara;
(e) pelupusan hidupan liar, tumbuh-tumbuhan atau lain-lain benda yang dijumpai dalam kawasan sesuatu Taman Negara;
(f) pemeriksaan mana-mana orang yang disyaki melanggar mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini;
(g) tempoh dan masa di mana orang awam boleh masuk ke dalam sesuatu Taman Negara atau mana-mana bahagiannya;
(h) kawalan terhadap kelakuan, tanggungan dan kewajipan orang yang melawat atau berjalan, menjelajah atau berkhemah dalam sesuatu Taman Negara dan (tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan yang tersebut di atas) keselamatan orang yang melawat Taman itu dan tanggungan mereka mengenai semua perbelanjaan sewajar yang dikenakan berkenaan dengan gerakan mencari orang yang telah hilang atau (selepas gagal mematuhi peraturan itu) yang dengan munasabah dipercayai telah hilang di dalamnya;
(i) fee bagi pengeluaran permit untuk memasuki atau berkhemah dalam kawasan sesuatu Taman Negara, bagi kemasukan kereta ke dalam dan pengambilan fotograf dalam kawasan sesuatu Taman Negara atau bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan penggunaan atau penikmatan sesuatu Taman Negara;