(3) Jika apa-apa perakuan melombong atau pajakan lombong dikeluarkan berkenaan dengan mana-mana tanah dalam kawasan sesuatu Taman Negara, pemegang perakuan atau pajakan itu hendaklah mempunyai hak untuk lalu-lalang, lesen atau kemudahan lain sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan dengan praktiknya hak yang diberi oleh perakuan atau pajakan itu.
(4) Walau apa pun terkandung dalam undang-undang yang berhubungan dengan perlombongan, maka hendaklah ada suatu syarat termaklum dalam sesuatu perakuan melombong atau pajakan lombong yang dikeluarkan menurut seksyen ini bahawa mana-mana pegawai hendaklah mempunyai hak memasuki tanah yang berkenaan dengannya suatu lesen untuk mencari gali, suatu perakuan melombong atau suatu pajakan lombong telah dikeluarkan sebagaimana perlu supaya ia boleh menjalankan tujuan Akta ini berkenaan dengan tanah itu dan Taman Negara amnya.
Peraturan-peraturan
11. (1) Menteri boleh selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri membuat peraturan-peraturan yang tidak berlawanan dengan Akta ini berhubung dengan mana-mana atau semua daripada perkara-perkara yang berikut, iaitu—
- (a) penutupan kawasan tertentu dalam sesuatu Taman Negara dari orang awam;
- (b) larangan terhadap pembunuhan, pencederaan, penjeratan, penangkapan atau pengandangan apa-apa hidupan liar dalam kawasan sesuatu Taman Negara dan pelupusan hidupan liar yang dibunuh, dicedera, dijerat, ditangkap atau dikandang itu;