Pergi ke kandungan

Laman:Akta Taman Negara 1980 (Akta 226).pdf/12

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
12
Undang-Undang Malaysia
AKTA 226


(3) Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa pajakan atau permit untuk mengguna atau menduduki tanah di bawah seksyen ini hendaklah dikeluarkan menurut Kanun Tanah Negara.

(4) Kecuali menurut kuasa apa-apa hak yang diberikan oleh atau diperolehi di bawah atau berkenaan dengan mana-mana pajakan atau permit di bawah subseksyen (1) atau sebagaimana yang selainnya diperuntukkan dalam Akta ini, tiada seorangpun selain daripada seseorang pegawai boleh mendiami, memasuki, mengguna atau menduduki mana-mana tanah dalam kawasan dan menjadi sebahagian daripada sesuatu Taman Negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah.

Larangan am terhadap melombong dalam kawasan Taman Negara

10. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), pengendalian melombong atau mencari gali tidak boleh dijalankan dalam kawasan sesuatu Taman Negara.

(2) Jika pada bila-bila masa Pihak Berkuasa Negeri mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dalam suatu bahagian tertentu sesuatu Taman Negara terdapat bahan galian yang begitu berharga hinggakan akan berlawanan dengan kepentingan Negeri itu jika ia tidak dilombong, Pihak Berkuasa Negeri boleh selepas berunding dengan Menteri mengeluarkan, di bawah undang-undang yang berhubung dengan perlombongan, lesen untuk mencari gali bahagian Taman Negara itu dan jika perlu mengeluarkan kemudiannya perakuan melombong atau pajakan lombong berkenaan dengan bahagian Taman Negara itu atau mana-mana bahagia daripada bahagian itu.