Pergi ke kandungan

Laman:Akta Taman Negara 1980 (Akta 226).pdf/11

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Taman Negara
11


Menduduki tanah dalam kawasan Taman Negara

9. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh selepas berunding dengan Menteri memajak atau membenarkan supaya diguna atau diduduki mana-mana tanah dalam kawasan sesuatu Taman Negara tertakluk kepada syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan dan bagi mana-mana daripada maksud yang berikut—

(a) pembinaan dan penyelenggaraan jalan;
(b) pembinaan dan penyelengaraan lapangan terbang kecil;
(c) pembinaan dan penyelenggaraan empang dan kolam air;
(d) pembinaan dan penyelenggaran hotel, rumah rehat, rumah kediaman, bangunan dan kerja-kerja kegunaan awam,

jika Pihak Berkuasa Negeri memikirkan mana-mana daripada maksud ini sebagai perlu dan demi kepentingan kemajuan Taman Negara itu menurut tujuan yang disebut dalam seksyen 4, dan

(e) perlombongan atau cari gali menurut peruntukan seksyen 10.

(2) Mana-mana tanah yang dipajakkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana tanah yang berkenaan dengannya sesuatu kegunaan atau pendudukan telah dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (1) hendaklah terus menjadi sebahagian daripada Taman Negara itu dan ditakluk oleh peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kecuali setakat mana yang ditetapkan dalam apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (1).