Pergi ke kandungan

Laman:Akta Taman Negara 1980 (Akta 226).pdf/10

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
10
Undang-Undang Malaysia
AKTA 226

dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Akta ini, jawatankuasa itu hendaklah bertindak mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Taman Negara dari semasa ke semasa.

Ketua Pengarah dan orang lain hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dengan sewajarnya peruntukan Akta

8. (1) Ketua Pengarah dan orang lain yang dilantik di bawah subseksyen 4(1) [1]Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dengan sewajarnya peruntukan Akta ini dan pada berbuat demikian orang itu hendaklah disebut dengan nama jawatan yang diberikan kepada mereka di bawah Akta ini

(2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa pengawasan dan arahan am ke atas semua perkara yang berhubung dengan Taman Negara.

(3) Menteri boleh dari semasa ke semasa memberikan kepada Ketua Pengarah arahan yang bersifat am dan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini mengenai penjalanan kuasa yang diberikan kepada, dan tugas yang dikehendaki dilaksanakan oleh, Ketua Pengarah di bawah Akta ini dan Ketua Pengarah hendaklah menguatkuasa semua arahan itu.

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A-1972